Utusan Borneo (Sabah)

Kursus ‘bun’ jana pendapatan

Peserta teruja dan janji manfaatkan peluang diperolehi

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Yayasan Usaha Maju Sabah (YUMS) telah menganjurk­an Kursus Pemprosesa­n Hasilan Bakery di Kampung Lohan Ulu, dekat sini baru-baru ini.

Kursus dua hari yang dikendalik­an oleh Nawaiitu Bakery di Kg Lohan Ulu bertujuan membolehka­n para peserta menimba ilmu pengetahua­n dan kemahiran melalui kursus membuat kuih seperti pelbagai jenis ‘bun’.

“Saya berharap semua peserta dapat mempraktik­kan pengalaman melalui kursus itu bagi menjana pendapatan keluarga masingmasi­ng.” HASSAN AHMAD Unit Pengurus Pembanguna­n Keusahawan­an Sabah

Penganjura­n kursus itu diyakini mampu menambah penghasila­n produk, sekali gusbolehme­njanapenda­patan yang lebih tinggi berbanding kaedah biasa.

Antara produk yang dipelajari sempena kursus itu ialah pembuatan roti pandan coklat, roti cheese, roti sisir, roti kismis, roti kastad, aneka bun manis, bun sosej, bun krim, bun berinti, aneka kek cawan dan banyak lagi.

Seorang peserta kursus, Edriana Kairin dari Kg Napong Dua berasa bertuah kerana berpeluang mengikuti kursus selama dua hari itu.

“Pengalaman yang saya perolehi akan saya praktikkan untuk meningkatk­an produktivi­ti sedia ada yang saya jual selama ini,” jelas Edriana, sambil berterima kasih atas bimbingan fasilitato­r, Rosmidah Hanafiah.

Rosmidah pula memuji ketekunan para peserta mengikuti bimbingan menghasilk­an ‘bun’ yang berkualiti untuk dipasarkan kepada orang ramai.

“Saya mengharapk­an pengalaman yang mereka pelajari menerusi dua hari kursus ini, meskipun agak singkat, namun dapat memberi ilmu dan pengalaman baharu kepada mereka,” jelas Rosmidah.

Sementarai­tu,dalamucapa­n Unit Pengurus Pembanguna­n Keusahawan­an Sabah, Hassan Ahmad yang disampaika­n oleh Pegawai Penyelaras Unit Pembanguna­n dan Keusahawan­an Sabah, Siti Haisah Onching berharap semua peserta dapat mempraktik­kan pengalaman melalui kursus itu bagi menjana pendapatan keluarga masing-masing.

Majlis perasmian penutupan kursus itu disempurna­kan oleh Pengurus Cawangan Usaha Maju Ranau, Hendry Samat.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta kursus bersama (duduk dari kiri) Rosmidah, Hendry dan Siti Haisah bergambar kenangan sempena kursus itu.
SEBAHAGIAN peserta kursus bersama (duduk dari kiri) Rosmidah, Hendry dan Siti Haisah bergambar kenangan sempena kursus itu.
 ??  ?? PESERTA tekun mempraktik­kan kemahiran membuat ‘bun’ yang dibimbing oleh Rosmidah.
PESERTA tekun mempraktik­kan kemahiran membuat ‘bun’ yang dibimbing oleh Rosmidah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia