Utusan Borneo (Sabah)

Tempoh dua tahun bawa masuk pelabur, sedia pekerjaan di Sabah

-

SEMPORNA: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal komited untuk membawa lebih banyak pelabur ke Sabah sekali gus menyediaka­n banyak peluang pekerjaan dalam tempoh dua tahun ini.

Katanya, banyak rundingan bersama pelabur luar telah dilakukan antaranya rundingan dengan sebuah syarikat memproses cermin yang menelan belanja sehingga RM3bilion.

“Sabah perlu diurus tadbir dengan baik dan dengan kemasukkan pelabur diyakini dapat merancakka­n sektor ekonomi Sabah sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di negeri ini,” katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Warisan Bahagian Semporna di sini, pada Ahad.

Mohd Shafie dalam pada itu berkata antara usaha lain dilakukan kerajaan negeri bagi membangun Sabah secara berfasa termasuk mewujudkan Terminal Makanan Negeri di Tawau

“Saya sudah kenal pasti 20,000 ekar tanah di Luasong, kita akan buat (terminal makanan),” katanya lagi.

Tidak hanya itu, katanya, nelayan di negeri ini termasuk Semporna akan dibantu dengan penangkapa­n hasil ikan lebih moden.

“Kita kena ada game changer, kita tidak hanya boleh berharap tangkap ikan guna pukat, bot, banyak belanja diesel, kita belajar ternak ikan (sangkar) di darat dan tidak hanya ke laut dalam,” katanya.

Dalam pada itu, menurutnya dalam tempoh sebulan ini satu pelan tindakan pertanian termasuk perikanan akan diperkenal­kan dan arahan telah dikeluarka­n kepada Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk menyiapkan­nya.

Sementara itu, Mohd Shafie mengingatk­an semua anggota parti Warisan membesarka­n parti dengan memperbany­akkan amalan kepada rakyat.

Katanya, perkara itu akan mendorong kepada kemenangan Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia