Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan air di Spaoh pulih

-

SPAOH: Bekalan air bersih di Spaoh pulih selepas kerjakerja baik pulih kebocoran paip submarin di Sungai Paku selesai dilakukan petang Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Betong, bekalan air akan kembali pulih secara berperingk­atperingka­t ke kawasankaw­asan terjejas.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna sejak beberapa hari lepas. Kesabaran anda amat kami hargai.

“Terima kasih kepada pihak berwajib yang bertungkus-lumus untuk membaiki kebocoran paip submarin sehingga berjaya disiapkan dalam tempoh yang dijangkaka­n.

“Penghargaa­n juga kami panjangkan kepada semua agensi yang terlibat dalam membantu pihak kami membekalka­n air kepada pengguna di kawasankaw­asan terjejas,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut meluangkan masa turun padang untuk memantau keadaan di Spaoh.

Beliau melihat sendiri kepayahan penduduk yang terpaksa menunggu agensi terlibat menghantar bekalan dan mengangkut air untuk keperluan masing-masing.

Seterusnya, Uggah turut menyaksika­n pihak JBALB Betong menyalurka­n bekalan air selepas baik pulih siap dijalankan dan membuka punca air.

Terdahulu, masalah bekalan air terputus akibat kebocoran paip utama yang menyambung bekalan ke loji bekalan untuk kawasan Spaoh.

Antara kawasan terjejas ualah seluruh Spaoh, Rumah Bangkit, Rumah Suri, Kampung Bungin, Kampung Serembang, Kampung Mangut, kebun Cina dan kawasan sekitar.

Hadir sama Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

 ??  ?? UGGAH (dua kiri) melihat sendiri bekalan air berfungsi seperti sedia kala di Spaoh, pada Sabtu.
UGGAH (dua kiri) melihat sendiri bekalan air berfungsi seperti sedia kala di Spaoh, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia