Utusan Borneo (Sabah)

Bekas presiden Maldives kembali dengan kemenangan besar

-

MAL: Bekas pemimpin dalam buangan Maldives telah mengetuai partinya bagi menempa kejayaan besar hanya lima bulan selepas kembali ke negara itu, menurut hasil keputusan awal semalam.

Bekas president Mohamed Nasheed, 51, dijangka membuat kepulangan dramatik bagi bahagian tertinggi dalam parlimen negara, dengan Parti Demokratik Rakyat menuju majoriti dua pertiga dalam dewan 87 anggota.

Pilihan raya kelmarin merupakan ujian pertama bagi tinjauan umum sejak bekas pemimpin autokratik dan musuh ketat Nasheed, Abdulla Yameen telah terpaksa untuk meletakkan jawatan selepas penggalnya selama lima tahun, berdepan dakwaan bagi pengubahan dan penyelewen­gan wang.

Nasheed kembali ke negara selepas bekas timbalanny­a Presiden Ibrahim

Mohamed Solih telah memenangi satu kemenangan yang luar jangkaan dalam pilihan raya presiden pada September lepas bagi MDP. Yameen telah menghalang Nasheed dari turut bertanding.

Keputusan awal bagi pilihan raya kelmarin menunjukka­n MDP memenangi 50 daripada 87 kerusi, sementara laporan media swasta menyatakan parti itu kemungkina­n memperoleh­i sehingga 68 kerusi.

“Maldives akan menerima waktu subuh yang baharu, subuh yang kuning keemasan,” Nasheed memberitah­u para penyokongn­ya di Male kelmarin.

Kuning merupakan warna bagi parti beliau.

Pegawai pilihan raya menganggar­kan kehadiran terakhir sebagai di antara 70 dan 80 peratus, menurun daripada 89 peratus yang direkodkan semasa pilihan raya presiden pada September lepas yang tidak dijangka telah menjatuhka­n Yameen.

Nasheed, sekarang dijangka akan mengambil alih kepimpinan dalam perundanga­n, telah berjanji akan mengembali­kan negara kepada satu demokrasi parlimen dengan memansuhka­n sistem pemerintah­an presiden eksekutif diamalkan di bawah reformasi politik pada 2008.

Presiden Solih menyatakan dalam satu kenyataan bahawa MDP telah memastikan satu majoriti besar dalam Majlis (parlimen).

“Ketika meraikan kejayaan ini, kita juga tidak harus melupai cabaran besar yang kini menunggu,” menurutnya.

Solih telah berkempen bagi MDP meminta pengundi agar mengembali­kan sebuah parlimen yang akan bekerja dengan beliau bagi menjalanka­n janjijanji pilihan rayanya pada September bagi menyiasat rasuah di bawah Yameen.

Ketika Yameen adalah bukan seorang calon, parti beliau Parti Progresif Maldives telah dilihat sebagai pencabar utama kepada MDP, namun berakhir dengan satu pertunjuka­n yang kurang baik, dan dikatakan sebagai hanya mendapat empat buah kerusi.

Nasheed telah dipenjarak­an selama 13 tahun dalam satu tuduhan keganasan kontrovers­i ketika Yameen memegang kuasa. Bagaimanap­un, pensabitan telah ditolak pada tahun lepas selepas perubahan presiden.

Pesuruhjay­a pilihan raya Ahmed Shareef memberitah­u wartawan terdapat tiada aduan mengenai keadaan luar biasa dalam peringkat awal pilihan raya, semasa mengundi atau ketika kiraan.

Maldives berada di ambang bakal berdepan dengan sekatan diketuai Barat sebelum Solih memenangi pilihan raya presiden dengan janji untuk menamatkan kegiatan rasuah di negara ini yang terkenal dengan pelanconga­n mewahnya. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail 1 Februari lalu menunjukka­n Nasheed (tiga kiri) bersama bekas presiden Ibrahim Mohamed Solih (empat kanan), menyertai rali pilihan raya selepas mendapat pencalonan untuk partinya dalam pilihan raya parlimen di Male. — Gambar AFP
GAMBAR fail 1 Februari lalu menunjukka­n Nasheed (tiga kiri) bersama bekas presiden Ibrahim Mohamed Solih (empat kanan), menyertai rali pilihan raya selepas mendapat pencalonan untuk partinya dalam pilihan raya parlimen di Male. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia