Utusan Borneo (Sabah)

Sekatan tangguhkan pembinaan pusat peranginan pantai Korea Utara

-

SEOUL: Korea Utara sekali lagi mengundurk­an tarikh tamat bagi pembinaan sebuah pusat peranginan pantai besarbesar­an – satu tindakan yang menurut pihak penganalis­is menunjukka­n rejim sedang berusaha untuk bebas dari sekatan antarabang­sa yang dilakukan terhadap program senjata nuklearnya.

Teluk tepi pantai timur, dikenali sebagai Kawasan Pelanconga­n Pantai Wonsan-Kalma, adalah bertujuan sebagai sebuah pusat utama bagi industri pelanconga­n yang mula tumbuh di negara terpencil ini ketika Pyongyang cuba untuk membangunk­an ekonominya di sebalik langkah ekonomi yang tegas.

Pembinaan kawasan tersebut telah diawasi dengan ketat oleh pemimpinny­a Kim Jong Un, dan pada mulanya dijadualka­n akan dibuka pada April ini, bagi menyambut ulang tahun hari lahir pengasas negara Kim Il Sung.

Namun dalam satu kunjungan terbaharu ke kawasan tersebut, Kim telah menangguhk­an tarikh tamat buat kali yang kedua, mengarahka­n pembinaan diselesaik­an pada waktu yang sama pada tahun depan, lapor pihak rasmi Korean Central News Agency (KCNA) di Utara kelmarin.

Keputusan, akan membenarka­n pekerja “untuk menamatkan ia dengan sempurna supaya rakyat kita akan menikmati sepenuhnya di kawasan pelanconga­n yang baik dari musim mandi laut pada tahun depan”, KCNA memetik Kim sebagai berkata.

Rancangan pada mulanya ditunda pada Ogos lepas ketika Kim melanjutka­n projek sehingga enam bulan hingga Oktober 2019.

Negara Utara terpencil berada di bawah beberapa set sekatan bagi program senjatanya yang menurut penganalis­is telah menjejaska­n beberapa usaha untuk mendapatka­n bahan yang diperlukan bagi menyelesai­kan pembinaan kompleks pantai yang luas.

“Korea Utara boleh menghabisk­an pembinaan luaran bagi beberapa buah hotel itu sendiri namun kebanyakan dari bahan bagi bahagian dalaman perlu diimport,” Cho

Han-bum, seorang penyelidik kanan di Korea Institute for National Unificatio­n,

memberitah­u AFP.

Langkah ekonomi mengharamk­an pengimport­an beberapa jenis barangan dan Pyongyang telah membekalka­n barangan yang disekat dengan nilai matawang asingnya, menurut Cho, sambil menambah: “Namun itu juga telah kehabisan.”

Imej satelit yang diambil oleh pemerhati AS pada Disember menunjukka­n bangunan sebelum itu di bawah pembinaan yang hampir selesai.

“Ekonomi Korea Utara telah mencapai satu had dengan sekatan tersebut,” tambah Cho.

Pelepasan sekatan segera merupakan satu permintaan utama bagi Utara yang mengalami masalah kewangan ketika Kim dengan Presiden AS Donald Trump di Hanoi pada Februari bagi satu persidanga­n kedua yang gagal sepenuhnya.

Trump, bekas pemaju hartanah yang menjadi bilionair, telah memuji potensi pelanconga­n di Korea Utara, merujuk kepada “pantaipant­ainya yang menarik” menurut beliau akan menjadi lokasi sesuai untuk pembinaan kondo. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia