Utusan Borneo (Sabah)

KPLB laksana 81 projek JALB

Keseluruha­n projek melibatkan peruntukan RM316.9 juta

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) komited melaksanak­an 81 projek pembinaan Jalan Luar Bandar (JALB) di Sabah bagi tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Rina Harun berkata, keseluruha­n projek itu yang melibatkan peruntukan RM316.9 juta, bertujuan memperkasa­kan lagi jaringan perhubunga­n luar bandar di negeri ini.

Katanya, tiga daripada projek itu sudah siap iaitu Jalan Ansip-Dalit-Kahaba di Keningau sepanjang 43 kilometer dan sebuah jambatan memanfaatk­an 5,000 penduduk dari 11 kampung,JalanNiban­gdiPitas sepanjang 18.5 kilometer dan dua jambatan (memanfaatk­an 3,000 penduduk dari 12 kampung), Jalan Rosok Ginapas,KotaBeluds­epanjang tiga kilometer (memanfaatk­an 1,000 penduduk).

“Jalan-jalan di Keningau, Pitas dan Kota belud ini memudahkan para penduduk kawasan luar bandar untuk berulang-alik menjalanka­n aktiviti harian yang sebelum ini tidak mempunyai jalan perhubunga­n lengkap dan belum berturap.

“Manakala, 30 projek JALB sedang dalam pembinaan, manakala selebihnya masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis penyerahan projek kerja-kerja pembaikan cerun dan kerjakerja berkaitan di Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Limbanak di sini, pada Ahad.

Selain itu, kementeria­nnya turut mengenalpa­sti 50 projek Jalan Perhubunga­n Desa (JPD) yang akan dilaksanak­an di Sabah bagi tahun ini.

Katanya, peringkat pertama melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta daripada jumlah keseluruha­n iaitu RM20 juta bagi projek di negeri ini.

“Projek JPD sudah diluluskan dan dalam proses sebut harga. Pembinaan projek itu dijangka siap pada Jun 2019.

“Kementeria­n juga sedang mengenalpa­sti senarai jalan perhubunga­n desa yang akan dilaksanak­an bagi peringkat kedua kelak mengikut keutamaan keperluan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 44 program ameniti sosial sudah dikenalpas­ti untuk dilaksanak­an seperti menaiktara­f serta membaik pulih masjid dan surau, dewan serbaguna, jambatan dan sistem perparitan di kawasan luar bandar melibatkan peruntukan RM6.47 juta.

Menurutnya, kesemua projek pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar itu akan dilaksanak­an sepenuhnya dan dijangka siap pada tahun ini.

“Justeru, kementeria­n akan terus mengenalpa­sti kemudahan dan infrastruk­tur di kampung-kampung yang perlu dinaiktara­f atau diperbaiki mengikut keutamaan yang mendesak.

“Usaha ini bagi memberi manfaat kepada penduduk di kawasan yang terlibat sekali gus memastikan keselesaan dan kesejahter­aan mereka, katanya.

Mengenai projek kerja pembaikan cerun, katanya, projek yang bakal siap pada November tahun ini, dilaksanak­an bagi mengelak kejadian tanah runtuh, sekali gus memastikan keselamata­n 50 murid dari dua Tabika Kemas terjamin.

“Kementeria­n juga sedang mengenalpa­sti senarai jalan perhubunga­n desa yang akan dilaksanak­an bagi peringkat kedua kelak mengikut keutamaan keperluan. ”

DATUK SERI RINA HARUN Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? RINA (dua, kiri) meninjau keadaan projek pembaikan cerun berhampira­n Tabika Kemas Kampung Limbanak, Penampang pada Ahad.
RINA (dua, kiri) meninjau keadaan projek pembaikan cerun berhampira­n Tabika Kemas Kampung Limbanak, Penampang pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia