Utusan Borneo (Sabah)

Jaujan menang Timbalan Ketua Bahagian Warisan Semporna

-

SEMPORNA: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Jaujan Sambakong menang pada pemilihan Timbalan Ketua Bahagian Warisan Semporna yang diadakan di sini pada Ahad.

Jaujan yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, mesyuarat Agung Bahagian Semporna dilaksanak­an dengan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Mesyuarat berjalan dengan baik mengikut peraturan dan perlembaga­an parti, terima kasih diucapkan kepada semua tiga sayap parti yang mengadakan pemilihan.

“Agenda saya tidak berubah, saya akan terus bangunkan rakyat di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Bahagian Warisan Semporna di sini pada Ahad.

Beliau berkata, selepas menang pada pemilihan itu, usaha keras akan dilakukan untuk terus membela rakyat Sabah tanpa mempunyai agenda lain.

Jaujan juga memuji kelancaran proses pemilihan yang dilakukan kerana ianya penting dalam usaha Warisan berkembang dalam negeri ini.

“Saya melihat ini satu kematangan untuk memantapka­n lagi parti kita, pilihan raya umum sudah berlalu, rakyat sudah buat pilihan.

“Agenda kini adalah untuk membuat perubahan dalam pembanguna­n seperti mana yang dimahukan rakyat,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, dengan slogan ‘Sabah Ubah’, beliau percaya rakyat ingin melihat perubahan dari segi ekonomi, pendidikan, keselamata­n dan kesihatan.

“Tahniah kepada yang berjaya mengekalka­n jawatan, hakikatnya kemenangan ini bukan kemenangan individu, tetapi ia adalah kemenangan proses demokrasi dalam Warisan.

“Pada pendapat saya, itulah kemenangan yang dicapai pada hari ini,” katanya.

 ?? -Oleh YAP SIONG
HAN ??
-Oleh YAP SIONG HAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia