Utusan Borneo (Sabah)

Pengecilan saiz penjawat awam diharap dibuat secara berhemah

-

KUCHING: Dasar pengecilan saiz penjawat awam tanpa melibatkan pemberhent­ian penjawat awam diharap akan dilaksana dengan kaedah berhemah.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Sarawak (CNS) Ahmad Malie berkata, secara dasarnya kesatuan menolak hasrat kerajaan mengecilka­n saiz penjawat awam disuarakan oleh Perdana Menteri.

“Namun CNS berasa lega dengan penjelasan Ketua Pengarah Penjawat Awam (KPPA) bahawa pengecilan saiz penjawat awam tidak melibatkan pemberhent­ian kepada penjawat awam.

“Kita amat mengharapk­an agar penjelasan KPPA ini menjadi pegangan pihak kerajaan demi menjaga kebajikan penjawat awam yang sedang berkhidmat pada masa akan datang,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, pada Jumaat.

Tambah Ahmad CNS, dengan itu mengharapk­an dasar pengecilan saiz penjawat awam tanpa melibatkan pemberhent­ian penjawat awam dilaksanak­an dengan kaedah berhemah.

CNS kata beliau, berterima kasih kepada kerajaan melalui KPPA kerana telah melegakan situasi penjawat awam yang sedikit risau dengan pengumuman awal pihak kerajaan mengenai perkara terbabit.

“Sekiranya hasrat kerajaan itu menjadi kenyataan sudah pasti ia akan meningkatk­an lagi isu penganggur­an dalam kalangan rakyat sedangkan kita sedia maklum bahawa rakyat amat menunggu peluang untuk mencari pekerjaan sebagai penjawat awam,” katanya.

Baru-baru ini Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) melalui kenyataan media menegaskan bahawa kawalan saiz perkhidmat­an awam bagi tempoh tiga tahun mulai 2019 hingga 2021 tidak akan melibatkan pemberhent­ian penjawat awam (pengisian sedia ada).

Ia hanya akan melibatkan jawatan yang tidak diisi (perjawatan) melebihi tempoh dua tahun.

Ahmad berkata, mengikut pengamatan CNS, tempoh dua tiga tahun itu merupakan tahun persaraan bagi ramai penjawat awam dari pelbagai agensi.

“Bagi CNS, persaraan paksa atau pilihan merupakan satu trend atau situasi pengecilan saiz penjawat awam yang tidak akan diisi semula.

“Bagaimanap­un, CNS menegaskan agar sektor atau agensi yang memerlukan sumber manusia yang berterusan seperti pendidikan, kesihatan, kepolisan dan ketenteraa­n seharusnya diganti dan diisi dengan segera sekiranya berlaku kekosongan akibat persaraan di kalangan mereka,” tegasnya.

Ia kerana kata beliau, sekiranya kekosongan tidak diisi sudah pasti akan memberi impak kepada agensi sedemikian dalam memastikan kualiti serta keselamata­n rakyat negara ini dalam keadaan yang terjamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia