Utusan Borneo (Sabah)

Siswa guru PISMP Bimbingan dan Kaunseling lawat SK Kukusan Tawau

-

SERAMAI 16 siswa guru dari Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Bimbingan dan Kaunseling Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGKT) mengadakan lawatan ke Kelas Pendidikan Inklusif di Sekolah Kebangsaan (SK) Kukusan Tawau baru-baru ini.

Lawatan itu memberi kesan positif serta pengalaman baru berhubung tatacara untuk mengendali­kan sistem pembelajar­an dalam kalangan murid-murid pendidikan khas.

Ketua Penyelaras Dr Mohd Hanip berkata, lawatan pendidikan inklusif ini bertujuan untuk mendapatka­n pengalaman dengan pihak sekolah mentadbir urus pendidikan inklusif secara keseluruha­nnya dan sekali gus bagi mengenal pasti, mempelajar­i serta melaksanak­an amalan terbaik dalam sesebuah organisasi secara berterusan.

“Banyak manfaat yang diperolehi daripada lawatan ini kerana secara realitinya para siswa guru mempelajar­i bagaimana pelaksanaa­n pengurusan dan pentadbira­n kelas pendidikan khas terutamany­a pendidikan inklusif dapat diselengga­rakan terutamany­a dalam proses pengajaran dan pembelajar­an.

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada muridmurid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.

Dalam erti kata lain, pendidikan ini melibatkan pelajarpel­ajar berkeperlu­an khas di dalam kelaskelas biasa di mana bantuan yang sesuai kepada mereka diberikan bagi membolehka­n mereka mengikuti pengajaran dan pembelajar­an bersama rakan sebaya mereka.

Menurut Dr Mohd Hanip lagi, dalam konteks pendidikan khas ini, murid yang mempunyai masalah penglihata­n, masalah pendengara­n, kesukaran bertutur, masalah pembelajar­an adalah antara mereka yang boleh dikategori­kan sebagai murid berkeperlu­an khas.

Jelasnya lagi, di negara ini, murid-murid berkeperlu­an khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolah­an iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif.

Tambahnya, siswa guru PISMP Bimbingan dan Kaunseling adalah satu program yang bakal melahirkan guru yang akan dipertangg­ungjawabka­n untuk menyediaka­n perkhidmat­an Bimbingan dan Kaunseling untuk kesejahter­aan individu, organisasi dan komuniti sekolah.

“Perkhidmat­an Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu langkah yang tepat dalam membangunk­an modal insan yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (Jeris).

Sementara itu, Guru Besar SK Kukusan Tawau Mustapha Massa yang menerima kunjungan lawatan para siswa guru PISMP Bimbingan dan Kaunseling IPG Kampus Tawau melahir rasa terima kasih di atas kesediaan serta pemilihan sekolah tersebut sebagai asas untuk melihat dan mempelajar­i bagaimana proses pengajaran dan pembelajar­an dalam kalangan murid pendidikan khas khususnya dalam konteks pendidikan inklusif.

“Pendedahan awal tentang pelaksanaa­n pendidikan inklusif ini diharap dapat membantu siswa guru untuk sama-sama belajar melalui pengalaman dan perkongsia­n dari pihak sekolah.

“Selain daripada itu, hubungan yang baik dan kerjasama juga akan turut terjalin antara siswa guru PISMP Bimbingan dan Kaunseling dari IPG Kampus Tawau dengan pihak sekolah,” jelasnya.

 ??  ?? CARYN Tu Khai Lin, salah seorang Siswa Guru PISMP memberi perhatian kepada murid inklusif sewaktu aktiviti pembelajar­an di dalam kelas.
CARYN Tu Khai Lin, salah seorang Siswa Guru PISMP memberi perhatian kepada murid inklusif sewaktu aktiviti pembelajar­an di dalam kelas.
 ??  ?? MUSTAPHA (dua kiri) menerima cenderahat­i dari Dr Mohd Hanip (kanan) sambil diiringi oleh Haji Mazlan Mohd Noor, Penolong Kanan Pendidikan Khas (kiri).
MUSTAPHA (dua kiri) menerima cenderahat­i dari Dr Mohd Hanip (kanan) sambil diiringi oleh Haji Mazlan Mohd Noor, Penolong Kanan Pendidikan Khas (kiri).
 ??  ?? MUSTAPHA (tiga kiri) dan Dr Mohd Hanip (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama siswa guru dan guru-guru inklusif SK Kukusan Tawau.
MUSTAPHA (tiga kiri) dan Dr Mohd Hanip (empat kiri) merakamkan gambar kenangan bersama siswa guru dan guru-guru inklusif SK Kukusan Tawau.
 ??  ?? GAMBAR kenangan Siswa Guru PISMP IPG Kampus Tawau dan murid-murid pendidikan khas.
GAMBAR kenangan Siswa Guru PISMP IPG Kampus Tawau dan murid-murid pendidikan khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia