Euro 2020: Loew panggil muka baharu, ‘singkir’ trio Bayern Munich
BERLIN: Ketua jurulatih Jerman Joachim Loew (gambar atas) kelmarin menamakan tiga wajah baharu dalam skuadnya untuk menentang Belanda dalam perlawanan kelayakan pembukaan mereka bagi Euro 2020 selain perlawanan persahabatan menentang Serbia pada minggu depan.
Loew telah memanggil pemain pertahanan kanan dari RB Leipzig, Lukas Klostermann, pemain pertahanan tengah Hertha Berlin, Niklas Stark dan pemain tengah Werder Bremen, Maximilian Eggestein, dalam usaha untuk menyuntik tenaga segar ke dalam skuadnya selepas memutuskan untuk tidak lagi memilih tiga pemain veteran yang memenangi Piala Dunia, Jerome Boateng, Mats Hummels dan Thomas Mueller.
Pengurus berusia 59 tahun itu telah dikritik oleh pegawai Bayern Munich kerana keputusannya untuk menggugurkan tiga pemain Bavaria itu selepas tersingkir pada peringkat kumpulan Piala Dunia pada tahun lepas sebelum mengalami relegasi dari peringkat tertinggi Liga Negara-Negara.
Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Julian Draxler, yang sudah mewakili negara sebanyak 49 kali, tidak dipilih kerana mengalami kecederaan paha.
Jerman melayan kunjungan Serbia pada 20 Mac di Wolfsburg sebelum mereka bertandang ke Amsterdam empat hari kemudian untuk memulakan kempen mereka dalam kumpulan yang turut disertai Ireland Utara, Belarus dan Estonia. - AFP
Skuad Jerman untuk menentang Belanda dan Serbia: Penjaga gol: Manuel Neuer (Bayern Munich), MarcAndreterStegen(Barcelona/ SEP), Kevin Trapp (Eintracht Frankfurt) Pemain pertahanan: Matthias Ginter (Borussia Moenchengladbach), Marcel Halstenberg (RB Leipzig),ThiloKehrer(PSG/ PER), Lukas Klostermann (RB Leipzig), Antonio Rudiger (Chelsea/ENG), Nico Schulz (Hoffenheim), Niklas Stark (Hertha Berlin), Niklas Suele (Bayern Munich), Jonathan Tah (Bayer Leverkusen) Pemain tengah: Julian Brandt (Bayer Leverkusen), Maximilian Eggestein (Werder Bremen), Leon Goretzka (Bayern Munich), Ilkay Gundogan (Manchester City/ENG), Kai Havertz (Bayer Leverkusen), Joshua Kimmich (Bayern Munich), Toni Kroos (Real Madrid/ SEP)
Penyerang: Marco Reus (Borussia Dortmund), Leroy Sane (Manchester City/ENG), Timo Werner (RB Leipzig), Serge Gnabry (Bayern Munich)