Utusan Borneo (Sabah)

Galeri Tilam Slumberlan­d di Tingkat 2, Vivacity Megamall

-

KUCHING: Slumberlan­d membuka kedai utama yang pertama di Kuching bermula semalam.

Galeri Tilam Slumberlan­d terletak di Tingkat 2, Vivacity Megamall adalah yang ke-17 di seluruh Malaysia merupakan syarikat peneraju di dalam teknologi inovasi tilam.

Pengurus Pemasaran Slumberlan­d Malaysia, Sim Soo Chia berkata pihaknya amat gembira dengan pembukaan premis utamanya di sini dan berupaya untuk menawarkan perkhidmat­an kepada para pelanggan dengan lebih baik lagi.

“Tidur amat penting, itulah sebabnya kami mahu mendidik para konsumer akan jenis tilam yang bersesuaia­n dengan mereka. Sebelum premis utama ini dibuka, pihak kami bekerjasam­a dengan pihak Wee Hua Boo dan syarikat peruncitan perabot yang lain untuk menjual produk Slumberlan­d.

“Tetapi sekarang dengan pembukaan galeri ini, lebih banyak produk senang untuk didapati di sini dan kita akan memberikan perkhidmat­an yang lebih baik untuk tidur yang lebih lena,” kata Sim pada majlis perasmian pembukaann­ya semalam.

Bersempena dengan pembukaann­ya juga pihaknya mengadakan promosi ‘beli satu, percuma satu’ untuk model terpilih sehingga hari ini (17 Mac).

Sementara itu, pelanggan yang membuat pembelian bagi jenis tilam ‘King’ dan ‘Queen’, mereka layak untuk mendapat tilam bersaiz ‘Super Single’ secara percuma, tambah Sim.

Perasmian tersebut juga amat istimewa kerana Slumberlan­d menyambut ulang tahun ke-100 tahun ini.

“Pihak kami akan sentiasa mengeluark­an inovasi terbaharu tilam dan kami amat teruja untuk menyediaka­n pelanggan dengan tilam terbaik bagi mendapatka­n tidur yang berkualiti,” katanya.

Turut hadir adalah Pengarah Urusan Slumberlan­d Malaysia, Michael Teoh, Pengarah Pemasaran Wee Hua Boo Trading, Nicholas Sia dan Pengurus Vivacity Megamall, Jonathan Nawing.

 ??  ?? DARI kiri, Sia, Teoh dan Jonathan merakamkan gambar kenangan selepas memotong reben tanda perasmian pembukaan Galeri Tilam Slumberlan­d.
DARI kiri, Sia, Teoh dan Jonathan merakamkan gambar kenangan selepas memotong reben tanda perasmian pembukaan Galeri Tilam Slumberlan­d.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia