Utusan Borneo (Sabah)

Program bertemu rakyat

Shafie tunai solat Jumaat di setiap daerah

-

PAPAR: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di setiap daerah.

Menurut beliau, program murni itu membolehka­nnya bertemu rakyat, di samping berpeluang untuk menjelaska­n hala tuju kerajaan hari ini.

“Program ini akan dijalankan di semua daerah untuk memastikan gelombang perubahan yang dibawa dapat diterjemah­kan menjadi kenyataan.

“Selain itu, perubahan yang dilaksanak­an ini bukan semata-mata untuk kepentinga­n kerajaan, tetapi berpaksika­n kepentinga­n rakyat dan khidmat yang

Ketua Menteri

diberikan,” jelas beliau.

Jelas Shafie, usaha seumpama amat digalakkan untuk membantu rakyat yang dahagakan pertolonga­n bukan sahaja daripada kalangan ahli-ahli yang berhormat, bahkan juga kerajaan bagi meringanka­n beban mereka.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an para pemimpin parti tunggal tempatan berkenaan agar sentiasa bersatu demi kelangsung­an pembanguna­n di negeri ini.

“Jika dahulu kita menjadi pembangkan­g boleh duduk semeja, takkan setelah menjadi kerajaan tidak boleh bersatu.

“Yang penting bukanlah jawatan atau politiknya,

“Program ini akan dijalankan di semua daerah untuk memastikan gelombang perubahan yang dibawa dapat diterjemah­kan menjadi kenyataan. DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL

tetapi kita harus lakukan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat dan ini akan dinilai oleh rakyat sehingga pilihan raya umum nanti,” ujarnya.

Shafie berkata demikian pada Program Sentuhan Kasih dan Kenduri Sekampung di Masjid Raudhatul Ilmiyah Kampung Kuala, pada Jumaat.

Tambah beliau, Papar merupakan daerah pertama dalam kerangka pelaksanaa­n program solat Jumaat tersebut dan destinasi seterusnya ialah daerah Sipitang.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an Watikah Pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), sumbangan pukat tangsi daripada Jabatan Perikanan kepada para nelayan serta sumbangan barang dapur kepada golongan asnaf.

Shafie turut meluangkan masa melawat dua daripada lima buah rumah daif menerusi Program Membaiki Rumah Daif Bersama Askar Wataniah 517 Tawau.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar yang juga Adun Pantai Manis memberitah­u, beliau bersama rombongan telah mengunjung­i dan menyampaik­an sumbangan kepada lima buah rumah golongan asnaf.

Rombongan tersebut terdiri daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (Jheains), Saiful Zaman Sangul dan guru-guru di daerah berkenaan menerusi Program Sentuhan Kasih Guru-Guru di Hatimu.

Petang ini (Jumaat), katanya, majlis tahlil dan kenduri sekampung serta penyampaia­n bantuan kepada 40 pelajar kurang mampu akan diadakan selepas solat Isyak di Surau Nurul Hikmah kampung berkenaan. Penerangan

 ??  ?? SHAFIE (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas yang tersenarai sebagai penerima bantuan asnaf.
SHAFIE (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas yang tersenarai sebagai penerima bantuan asnaf.
 ??  ?? OSWALD Alfred Lajawa (kanan) menerima watika pelantikan MPKK Kg Limbahau daripada Shafie.
OSWALD Alfred Lajawa (kanan) menerima watika pelantikan MPKK Kg Limbahau daripada Shafie.
 ??  ?? SHAFIE (tengah) memberikan kata semangat kepada Sitti Hajijah Abdullah (dua dari kiri), 35, isteri kepada tuan rumah, Ruddy Darisak, 40, yang menerima bantuan dalam Program Membaiki Rumah Bersama Askar Wataniah 517 Tawau.
SHAFIE (tengah) memberikan kata semangat kepada Sitti Hajijah Abdullah (dua dari kiri), 35, isteri kepada tuan rumah, Ruddy Darisak, 40, yang menerima bantuan dalam Program Membaiki Rumah Bersama Askar Wataniah 517 Tawau.
 ??  ?? SHAFIE bersalam dan memeluk salah seorang jemaah warga emas selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
SHAFIE bersalam dan memeluk salah seorang jemaah warga emas selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
 ??  ?? SHAFIE (kiri) dan Aidi (dua dari kiri) menyampaik­an bantuan pukat tangsi kepada salah seorang nelayan.
SHAFIE (kiri) dan Aidi (dua dari kiri) menyampaik­an bantuan pukat tangsi kepada salah seorang nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia