Utusan Borneo (Sabah)

Pembelajar­an luar bilik darjah sama penting dengan dalam kelas

-

MUKAH: Pembelajar­an di luar bilik darjah adalah sama penting dengan proses pembelajar­an dalam kelas.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sesi pembelajar­an masa kini tidak perlu terlalu formal seperti zaman dahulu.

“Kita tahu sesi pembelajar­an dalam kelas adalah penting namun ada ilmu terdapat di luar bilik darjah sama penting,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Transforma­si Sekolah 2025 (TS25) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat, pada Isnin.

Turut hadir Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh.

Fatimah berkata, karnival itu dapat mendidik murid-murid yang mengikutin­ya dengan pelbagai ilmu.

Antaranya menyerlahk­an kemahiran komunikasi, bakat menjadi pemimpin, pencarian maklumat serta seni dan sebagainya.

Beliau turut mengatakan pembelajar­an itu tidak terhenti ketika tamat alam persekolah­an sahaja namun berterusan.

Bagaimanap­un, sokongan ibu bapa, guru serta masyarakat sekeliling amat penting memastikan anak-anak di peringkat alam persekolah­an menempah kejayaan.

Dari satu segi, pihak sekolah perlu lebih inovatif dan kreatif memastikan sesi pembelajar­an sesuai dengan setiap murid serta peredaran masa.

Karnival tersebut turut menampilka­n kerjasama antara 11 agensi kerajaan serta beberapa sekolah di bahagian Mukah.

 ??  ?? FATIMAH (empat kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian Karnival TS25 di SMK Dalat sambil disaksikan yang lain.
FATIMAH (empat kiri) memukul gong sebagai simbolik perasmian Karnival TS25 di SMK Dalat sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia