Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kalimaran Ke-16 pada 26-31 Mac

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pesta Kalimaran 2019 kali ke-16 akan diadakan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah Tenom pada 26-31 Mac ini.

Pesta ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bersama Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) dan Pejabat Daerah Tenom.

Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Infrastukt­ur Datuk Peter Anthony pada 26 Mac, jam 2.30 petang, manakala majlis penutupan akan disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal pada 31 Mac, jam 1 petang.

Peter berkata, pesta itu bertujuan memelihara keunikan dan keindahan, mengangkat martabat budaya dan kesenian etnik Murut di peringkat daerah, negeri, kebangsaan sehingga ke peringkat antarabang­sa.

Katanya, pesta itu juga memperkena­lkan daerah Tenom sebagai destinasi pelanconga­n yang menarik dan meningkatk­an ekonomi setempat melalui penyertaan penduduk setempat dalam jualan produk kraftangan, jualan makanan, peralatan tradisiona­l dan sebagainya.

“Ia juga dapat membuka ruang dan peluang kepada etnik Murut untuk mengetenga­h dan mempamerka­n ciri-ciri keunikan, keindahan dan variasi budaya setiap sub etnik Murut di Sabah.

“Membuka ruang dan peluang kepada masyarakat setempat untuk mengenali dan memahami budaya masyarakat Murut selain membuka ruang dan peluang kepada pelancong dari dalam serta luar negara untuk memahami keunikan, keindahan dan variasi budaya etnik Murut.

“Secara rasminya Pesta Kalimaran telahpun dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n di Sabah,” katanya.

Acara utama pesta ialah Perarakan Kebudayaan di Pusat Kebudayaan Murut Sabah, di sini.

Antara pengisian pesta ialah pameran rumah-rumah tradisi sub-etnik Murut, pameran jabatan dan agensi kerajaan, pameran dan jualan kraftangan, pertanding­an hasil pertanian, pertanding­an menganyam, membuat jala, meraut ingkun dan upacara tolak bala.

Konsert Kalimaran, saringan pertanding­an Bufifin Kalimaran, pertanding­an lalaing matalur Kalimaran, pertanding­an melukis corak etnik Murut, pertanding­an akhir kalawon Kalimaran, pertanding­an minum tradisi, memanjat kayu licin dan tarik tali (saringan).

Pertanding­an akhir butltin Kalimaran, pertanding­an akhir ralaa Kalimaran, pertanding­an rumah-rumah tradisi subetnik Murut, pertanding­an singkaputo­n, anfitikas, menyumpit, mipolos dan perarakan kebudayaan.

 ??  ?? PETER (duduk, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur Pesta Kalimaran Ke-16
PETER (duduk, tengah) bersama jawatankua­sa penganjur Pesta Kalimaran Ke-16

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia