Utusan Borneo (Sabah)

Jamin keselamata­n penduduk

Kerjasama berterusan mampu kurangkan kadar jenayah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Hubungan erat antara jabatan kerajaan penting bagi memastikan keselamata­n serta kesejahter­aan penduduk di sini dapat dikekalkan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata pihaknya sentiasa mengadakan kolaborasi dengan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi memastikan komuniti bandaraya sentiasa terpelihar­a selain mengurangk­an kadar jenayah di sini.

“Antara isu yang sering diberi perhatian termasukla­h isu pendatang tanpa izin (PTI) di kawasan bandaraya, struktur haram serta masalah sosial dan masalah penagihan dadah di beberapa kawasan di sini.

“Kita juga menyentuh mengenai Program Kampung Angkat sebagai sebahagian daripada usaha kita mengurangk­an serta membendung kegiatan jenayah di kampung terpilih yang dilancarka­n baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke atas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman di pejabatnya pada Selasa.

Habibi berkata hasil usaha dan kerjasama berterusan daripada agensi lain khususnya DBKK memberikan satu peningkata­n drastik terhadap usaha pembantera­san jenayah di sini.

“Kerjasama terbabit juga mampu mengenal pasti kawasan setinggan yang dijadikan sebagai lokasi penagihan dadah seterusnya menghapusk­an kawasan berkenaan melalui operasi bersepadu antara DBKK.

“Jumlah penagih serta pesalah dadah yang ditahan juga semakin meningkat dan angka jenayah turut merekodkan penguranga­n sejak kebelakang­an ini,” katanya sambil berharap usaha itu akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

“Pihaknya sentiasa mengadakan kolaborasi dengan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi memastikan komuniti bandaraya sentiasa terpelihar­a selain mengurangk­an kadar jenayah di sini. ” ASISTEN KOMISIONER HABIBI MAJINJI Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ?? HABIBI (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nordin semasa lawatan kerjanya pada Selasa.
HABIBI (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Nordin semasa lawatan kerjanya pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia