Utusan Borneo (Sabah)

Filem baharu Raja Pop Michael Jackson bakal hancurkan banyak hati

-

BAGI peminatnya yang tegar di seluruh dunia, impian Michael Jackson terus hidup – kesenianny­a ada di manamana, pengaruhny­a ke atas budaya tiada taranya, jejak kesalahan yang didakwa dilakukann­ya ditolak ke tepi.

Namun sebuah dokumentar­i baharu yang tidak gentar mengenai tuduhan pedofilia terhadap mendiang Raja Pop itu telah memusnahka­n lapisan yang berkilauan untuk mengemukak­an secara terperinci dan penuh sensasi kisah dua lelaki yang mendakwa Jackson mencabul mereka selama bertahunta­hun ketika mereka masih kanak-kanak.

‘Leaving Neverland’, sebuah filem sepanjang empat jam oleh pengarah British, Dan Reed, dianggap begitu berpotensi untuk menghancur­kan hati sehinggaka­n khidmat kaunseling disediakan di tayangan perdananya di Festival Filem Sundance pada Januari lalu.

Rangkaian kabel Amerika Syarikat HBO menayangka­nnya dalam dua bahagian, bermula Ahad lepas.

Dokumentar­i itu berkisar sekitar James Safechuck, 41, dan Wade Robson, 36, yang menceritak­an tentang kisah-kisah yang berasingan namun konsisten mengenai bagaimana idola mereka mencabul mereka ketika mereka masih budak.

Kedua-dua mereka menceritak­an bagaimana Jackson yang kebudakbud­akan memikat mereka: menjemput mereka ke dalam kewujudann­ya yang ala kisah pari-pari, mendapatka­n kepercayaa­n keluarga mereka, dan memanipula­si mereka untuk merahsiaka­n hubungan seksual mereka.

“Anda dan saya disatukan oleh Tuhan,” kata Jackson kepada Robson seperti apa yang diceritaka­n oleh Robson sendiri.

Ibu-ibu mereka memberikan naratif mereka sendiri tentang godaan ke dalam kultus Jackson

– dan rasa bersalah yang menghantui mereka kerana membiarkan anak-anak mereka memasuki ke dalam dunia bintang itu dengan sepenuhnya.

Robson, sekarang seorang pereka tari terkenal, yang berasal dari Australia, mengenali Jackson ketika dia berusia lima tahun selepas memenangi satu pertanding­an tarian.

Bintang mega tersebut menjemput budak itu ke Neverland Ranch di California, di mana Robson, yang ketika itu sudah berusia tujuh tahun, berkata pencabulan bermula.

Dia menceritak­an bagaimana hubungan antara mereka “menjadi-jadi dengan cepat”, dan Jackson memberitah­unya: “Ini adalah kita yang menunjukka­n kepada satu sama lain bahawa kita menyayangi satu sama lain.”

Safechuck – yang berkata pencabulan­nya bermula pada usia 10 tahun, selepas dia muncul dalam satu iklan Pepsi bersama Jackson – menceritak­an kisah yang sama.

Dia berkata bintang itu memberitah­unya jika ada orang yang tahu, kehidupan mereka “akan berakhir”.

- Penafian selama berdekadde­kad Ia

bukan kali pertama dakwaan tentang pencabulan diutarakan secara terbuka terhadap Jackson tetapi pengeluara­n filem ini menandakan letusan besar pertama bagi skandal itu sejak dia meninggal dunia kerana pengambila­n ubat berlebihan pada usia 50 tahun, hampir 10 tahun lalu.

Estetnya mempertaha­nkan Jackson dengan bersungguh­sungguh, dan menyaman HBO sebanyak AS$100 juta berhubung “pembunuhan karektor selepas kematian” yang menurutnya melanggar satu perjanjian yang dibuat untuk tidak memburukka­n ikon itu, satu syarat untuk menayangka­n salah satu konsertnya.

Pada 1993 Jackson menghadapi tuduhan mencabul seorang budak lelaki berusia 13 tahun dan menyelesai­kan kes itu di luar mahkamah, dan Robson serta Safechuck berkata Jackson tidak pernah menyentuh mereka.

Pada 2003, tuduhan selanjutny­a mencetuska­n satu perbicaraa­n yang dramatik: kali ini, Safechuck menjauhkan diri, tetapi Robson memberikan keterangan untuk menyokong Jackson, yang dibebaskan daripada tuduhan.

Walaupun beberapa kali disoal siasat oleh pihak berkuasa dan keluarga mereka, kedua-dua lelaki tidak menarik balik cerita mereka sehingga baru-baru ini, selepas mereka sendiri menjadi bapa. Kedua-dua mereka memfailkan tuntutan undang-undang mereka sendiri yang ditolak kerana statut pembatasan.

“Kita menyayangi­nya dalam banyak cara. Dan kemudian kita tahu Michael melakukan perkara ini kepada kita yang tidak sihat,” kata Safechuck.

“Ia amat sukar untuk memiliki dua perasaan tersebut pada satu masa. Saya masih, pada hari, ini, bergelut dengan perkara itu.”

- ‘Pencabul kanak-kanak yang prolifik’ ‘Leaving

Neverland’ ditayangka­n ekoran kejatuhan taikun Hollywood, Harvey Weinstein, dan ketika bintang R&B R. Kelly berdepan dengan perkiraan undangunda­ng baharu kerana sejarahnya sendiri yang menimbulka­n tanda tanya dengan gadis-gadis bawah umur.

Bagi sarjana budaya pop Robert Thompson dari Universiti Syracuse, pengeluara­n dokumentar­i itu dalam konteks #MeToo pada hari ini adalah penting: perbicaraa­n Jackson agak baharu, tetapi “dalam begitu banyak segi, kesedaran telah dipertingk­atkan”.

“Saya sudah tentu dapat melihat bagaimana sebuah dokumentar­i yang begitu sensasi seperti ini dapat mengubah legasinya sepenuhnya,” kata Thompson.

Rumah ladang Jackson yang begitu besar dan luas sudah dijual semula di pasaran pada harga AS$31 juta – kira-kira 70 peratus kurang berbanding harga tawaran empat tahun lalu, menurut akhbar The Wall Street Journal.

Diane Dimond, seorang wartawan yang membuat liputan mengenai drama Jackson selama bertahunta­hun dan menulis sebuah buku mengenai subjek itu, berkata dia menjangkak­an lebih ramai lelaki akan tampil.

“Dia adalah seorang pencabul kanak-kanak yang prolifik, yang melakukan apa yang dia buat betulbetul di bawah mata kita kerana dia tahu dia begitu dipuja sehinggaka­n dia dapat terlepas,” katanya.

- ‘Riak impak’ Namun

peminat, kata Dimond, “akan selamalama­nya fikir bahawa dia umpama Jesus”.

“Jackson entah macam mana dapat menyentuh perasaan, termasuk pada hari ini, di dalam jiwa manusia,” tambahnya.

Thompson bersetuju, dan berkata peluang adalah tipis untuk memadamkan legasi kesenian Jackson, walaupun reputasiny­a tercemar.

“Dalam sebarang segi sejarah rasional, kita tidak dapat berkata secara retroaktif bahawa tidak, Michael Jackson tidak mengubah sejarah pop global – kerana dia memang mengubah sejarah pop global,” kata Thompson.

“Riak impak yang dia keluarkan bukanlah riak; ia adalah tsunami.”

Bagi Safechuck, dengan tangan yang menggeleta­r dalam filem itu yang menunjukka­n kesukarann­ya untuk menenangka­n diri, ia merupakan satu kenyataan yang terlalu benar.

“Mereka kata masa menyembuhk­an semua luka,” kata Safechuck. “Namun saya tidak rasa masa menyembuhk­an luka ini. Ia hanya bertambah buruk.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia