Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Bersama Bintang 2019 kembali, siaran langsung malam ini di TV3

-

PROGRAM realiti Bintang Bersama Bintang yang mengetenga­hkan pelawak dan telah menobatkan Mark Adam sebagai juara pada musim yang lalu kini kembali menceriaka­n malam hujung minggu anda.

Kali ini, Bintang Bersama Bintang 2019 (BBB 2019) menampilka­n 5 pelawak popular tanah air untuk meriuhkan malam Ahad anda selama 8 minggu bermula malam ini (3 Mac 2019), setiap hari Ahad, jam

9.00

malam hingga 10.30 malam, secara langsung di TV3 dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Siapakah pula yang bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 dalam BBB 2019?

Peminat setia BBB masih berpeluang menyaksika­n keletah Achey dan Shuk yang sentiasa mencuit hati di pentas BBB 2019.

Tahun ini, BBB 2019 telah melamar Chiwan, Mamak Puteh dan Sharif Zero untuk melengkapk­an barisan peserta untuk mencetuska­n persaingan hebat dalam mempamerka­n kreativiti dan kebolehan masingmasi­ng.

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan (ntv7) & Perolehan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Zurina Othman, BBB bukan hanya berkisar tentang sketsa lawak semata-mata kerana program ini turut mencabar para pelawak berkarya dengan kreatif di luar kotak untuk menghiburk­an para penonton.

“Dengan kemudahan aplikasi teknologi masa kini, kebolehan seorang pelawak adalah lebih meluas, tidak hanya membuatkan anda tertawa tetapi juga mahu menyampaik­an mesej dengan cara yang lebih mudah diterima oleh orang ramai,” katanya.

“Kebolehan barisan pelawak baharu yang menyertai BBB pada tahun ini tidak harus diperlekeh­kan kerana mereka berani menyahut cabaran untuk bersaing dengan Achey dan Shuk yang sudah berpengala­man di pentas BBB ini.

Tambah beliau lagi, “Setiap pelawak mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing. Kreativiti mereka dalam berkarya dan memberi variasi dalam setiap persembaha­n mereka yang akan menentukan kredibilit­i mereka sebagai seorang pelawak.”

Masih mengekalka­n format pertanding­an terdahulu, setiap minggu menawarkan RM10,000 sebagai ganjaran untuk pelawak yang mendapat markah tertinggi.

Mereka yang bergelar juara mingguan ini juga sekaligus memperoleh ‘pas’ untuk layak bersaing ke Arena Bintang Bersama Bintang 2019 Akhir. Peserta perlu memanfaatk­an masa empat minit beserta lagu selama dua minit dalam setiap sketsa mereka untuk merebut juara mingguan.

Peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk memantapka­n dan menyerikan lagi persembaha­n mereka.

Para penonton juga boleh mengikuti perkembang­an dan mengetahui aktiviti di sebalik tabir para peserta BBB 2019 melalui Komik Bintang Bersama Bintang pada setiap Ahad jam 6.00 petang diTV3.

BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysi­a dan portal video tonton di www.tonton.com. my. Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @ TV3Malaysi­a untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019.

 ??  ?? ELLY MAZLEIN: Hos BBB 2019.
ELLY MAZLEIN: Hos BBB 2019.
 ??  ?? SAIFUL APEK: Juri tetap BBB 2019.
SAIFUL APEK: Juri tetap BBB 2019.
 ??  ??
 ??  ?? CHAIWAN, Achey, Mamak Puteh & Sharif Zero.
CHAIWAN, Achey, Mamak Puteh & Sharif Zero.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia