Utusan Borneo (Sabah)

RM2.8 bilion laksana projek bekalan air di kawasan kritikal

-

BINTULU: Kerajaan Sarawak memperuntu­kkan RM2.8 bilion untuk melaksanak­an projekproj­ek bekalan air bersih di kawasan yang mengalami masalah air kritikal di negeri ini.

Menteri Utiliti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ini termasuk pembanguna­n sumber air mentah, loji rawatan, sistem agihan, kerja menambah baik, penukaran paip, serta inisiatif pemodenan dan Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS).

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa setahun untuk membuat perancanga­n untuk kawasan dikenal pasti dan ada antaranya telah dianugerah­kan kepada kontraktor untuk pelaksanaa­n.

Katanya, di Bintulu sahaja ada lapan projek yang sedang dilaksanak­an, sekali gus pihaknya berusaha untuk memenuhi segala permintaan rakyat dan menetapkan masa dua tahun untuk penyiapan projek-projek terbabit.

“Sebarang aduan yang diterima daripada rakyat perlu diberi perhatian, tender terbuka juga dilaksana,” ujarnya pada perasmian pejabat baharu Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Bintulu di Wisma Forego Pusat

Komersial Assyakirin di Jalan Sultan Iskandar di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, Dr Rundi berharap pelaksanaa­n projekproj­ek itu akan dapat disiapkan menjelang 2020 seperti yang dikehendak­i Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, pelbagai isu yang dihadapi rakyat perlu diselesaik­an dengan sebaiknya dan pihaknya bekerja keras merancang untuk melaksanak­annya, menangani masalahdan memenuhi keperluan rakyat terutamany­a membabitka­n usaha untuk membekal air bersih terawat.

Justeru katanya, JBALB sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementeria­n Utiliti Sarawak memainkan peranan penting untuk melaksanak­an projekproj­ek rakyat.

“Komitmen tinggi amat diperlukan daripada JBALB untuk melaksanak­an projekproj­ek rakyat menjelang 2020 yang mana apabila siap kelak akan memberi manfaat besar kepada penduduk luar bandar Sarawak,” jelasnya.

Di Bahagian Bintulu, JBALB mempunyai enam loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Tatau, Loji Rawatan Air Sebauh, Loji Rawatan Air Labang, Loji Rawatan Air Tubau, Loji Rawatan Air Sangan dan Loji Rawatan Air Sungai Asap dan empat Stesen Penggalak iaitu di Pandan, Hulu Sebauh, Lapangan Terbang dan Fasa 2 Tatau (Kelawit).

Selain itu, lima projek yang sedang dalam pelaksanaa­n ialah Program Grid Bekalan Air Sarawak di kawasan kritikal untuk menggantik­an sistem perpaipan dalaman bagi beberapa rumah panjang di Uma Balui Leko, Uma Lesong, Uma Penan, Uma Jeman, Uma Kulit dan Uma Badeng untuk fasa satu.

Fasa dua pula membabitka­n Uma Balui Ukap, Uma Bakap, Uma Belor dan Uma Lepo Kulit dan fasa tiga di Uma Balui Leko, Uma Bawang, Uma Kelep, Uma Lahanan, Uma Nyaving dan Uma Daro di daerah Belaga.

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN Jepak Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Lagang, ADUN Samalaju Majang Renggi, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Sarawak Dato Ir Alice Jawan Empaling, Pengarah JBALB Sarawak Ir Chang Kuet Shian, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi.

 ??  ?? DR Rundi menandatan­gani plak simbolik perasmian pejabat baharu JBALB Bahagian Bintulu di Wisma Forego Pusat Komersial Assyakirin sambil disaksi (dari kiri) Jack, Majang, Talib, Liwan, Alice, Rodziah dan Ir Chang.
DR Rundi menandatan­gani plak simbolik perasmian pejabat baharu JBALB Bahagian Bintulu di Wisma Forego Pusat Komersial Assyakirin sambil disaksi (dari kiri) Jack, Majang, Talib, Liwan, Alice, Rodziah dan Ir Chang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia