Utusan Borneo (Sabah)

SM ST. Anthony Labuan sekolah milik komuniti

-

LABUAN: Sekolah Menengah St. Anthony (SAS) amat bersyukur kerana mendapat keprihatin­an daripada masyarakat atau komuniti setempat di pulau ini termasuk pihak badan bukan kerajaan (NGO).

Sebagai sebuah sekolah bantuan modal yang mempunyai 419 orang murid, sekolah memerlukan bantuan dan kemudahan bagi meningkatk­an kemenjadia­n murid dalam pelbagai bidang yang diceburi khususnya dalam bidang kokurikulu­m dan akademik.

Pada 18 Februari lalu Labuan Lions Club Mandarin telah mengadakan salah satu projek amal membantu murid-murid dari keluarga berpendapa­tan rendah dalam bentuk pemberian kupon pemakanan berkhasiat.

Presiden Lions Club Chin KinYin telah menyumbang­kan sebanyak RM8,300 kepada 10 orang murid terpilih di Sekolah Menengah St. Anthony dalam bentuk kupon pemakanan berkhasiat.

Chin dalam ucapan beliau semasa majlis penyerahan sumbangan itu berharap sumbangan tersebut dapat meringanka­n beban ibu bapa sekaligus menyokong para pelajar untuk meneruskan persekolah­an mereka.

Selain itu pihak sekolah juga menerima sumbangan satu set komputer jenama Acer dan HP daripada pemilik syarikat FT Maju Enterprise Franky Tay Kian Lo.

Manakala satu set kumputer jenama Acer disumbangk­an oleh Evelyn Kok Hui Ching, yang merupakan salah seorang Alumni SM St. Anthony tahun 1979 – 1983.

Kedua-dua penyumbang itu mempunyai anak yang sedang bersekolah di SAS.

Komputer ini untuk kegunaan pejabat sekolah bagi pengurusan hal ehwal murid serta aktiviti kokurikulu­m sekolah.

Sekolah juga menerima sumbangan sebuah meja ping pong terpakai yang masih baru daripada Ker Chin Chuan dan isteri Puan Marilou Beth Tubar.

Sumbangan tersebut telah diusahakan oleh Penolong Kanan HEM, Yee Choon Hian.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan kemudahan kepada para pelajar untuk mengadakan latihan pada Rabu semasa aktiviti kokurikulu­m.

Pengetua SAS, Dona Undoh sentiasa mengalualu­kan sumbangan komuniti di pulau ini sama ada pihak swasta atau NGO serta orang perseorang­an dalam apa jua bentuk bagi menyokong pembanguna­n pendidikan di sekolah ini khususnya.

Mudah-mudahan dengan kerjasama baik antara sekolah dankomunit­iinimening­katkan lagi kecemerlan­gan dan kemenjadia­n murid di sekolah ini.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan berharap pelajar dan guru akan meneruskan kecemerlan­gan SAS dalam bidang akademik dan kokurikulu­m,”katanya.

 ??  ?? CHIN (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan cek bernilai RM8,300 kepada Dona diperhatik­an oleh Yee Choon Hian (empat kanan), Amiah Bua (Pegawai Angkat Sekolah), Sarjan Jusman Toba (Penolong Pegawai Perhubunga­n Polis Sekolah), Chia Sia Theng (YDP PIBG) dan Emily Yap (ahli).
CHIN (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan cek bernilai RM8,300 kepada Dona diperhatik­an oleh Yee Choon Hian (empat kanan), Amiah Bua (Pegawai Angkat Sekolah), Sarjan Jusman Toba (Penolong Pegawai Perhubunga­n Polis Sekolah), Chia Sia Theng (YDP PIBG) dan Emily Yap (ahli).
 ??  ?? SUMBANGAN satu set komputer jenama Acer daripada Evelyn Kok Hui Ching (Alumni SAS). Sumbangan tersebut disampaika­n oleh wakil Syarikat Picotec kepada PK Pentadbira­n Liberie (dua kiri) disaksikan oleh PK HEM Yee Choon Hian (dua kanan) dan PK Kokurikulu­m Kuanfuh@ Jackson (kanan).
SUMBANGAN satu set komputer jenama Acer daripada Evelyn Kok Hui Ching (Alumni SAS). Sumbangan tersebut disampaika­n oleh wakil Syarikat Picotec kepada PK Pentadbira­n Liberie (dua kiri) disaksikan oleh PK HEM Yee Choon Hian (dua kanan) dan PK Kokurikulu­m Kuanfuh@ Jackson (kanan).
 ??  ?? FRANKY Tay Kian Lo (tengah) menyumbang­kan satu set komputer jenama Acer dan HP kepada Dona disaksikan oleh Jackson (PK Kokurikulu­m), PK HEM Yee Choon Hian (dua kiri) dan Liberie (PK Pentadbira­n).
FRANKY Tay Kian Lo (tengah) menyumbang­kan satu set komputer jenama Acer dan HP kepada Dona disaksikan oleh Jackson (PK Kokurikulu­m), PK HEM Yee Choon Hian (dua kiri) dan Liberie (PK Pentadbira­n).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia