Puisi Minggu Ini
ANTARA JETI DAN PULAU kubelai dan kubujuk langkah menujumu kuheret serpihann usia ke muara takdirku
antara desir angin dan ayunan ombak di situ kudengar tawa riang anak-anak di situ kulihat empayar yang belum siap
hayat maafkan aku kerana meninggalkanmu di belakang lembaran sejarah hidupku
jemputlah aku jika telah sampai waktu andainya qadar dan janji telah bertemu
Karya
SAIK DALWIS Tg Manawali Banggi Januari 2109 MENCARI LEPA-LEPA PADA ABAD LAIN 2 kubangunkan engkau dengan sebuah pengkalan perkampungan negeriku lenggang-lenggok dan hala tujumu diimbangi juragan pilihan bangsaku
demikian pula impian terukir manis di anjung masa hadapanmu bawalah irama pakiring atau dalling-dalling dendangkan di pesta-pesta ulang tahunmu
kembangkanlah layar dan panji-panjimu kalbuku rindukanmu di negeri-negeri jauh
SAIK DALWIS Sabah Malaysia Mac 2019 SAIK DALWIS atau nama sebenarnya Ab Saik bin Dalwis dilahirkan pada 29 September 1968 di Kampung Pangasaan Pulau Banggi. Mula menulis pada akhir 1987 dalam bidang puisi. Karya-karyanya pernah diterbitkan di Sabah Times, Daily Ekspress, Borneo Mail, Utusan Borneo,RTM Sabah, Wadah (DBPCS), Jendela Sabah (DBPCS) Bahana (DBP Brunei), Pelita Brunei, Berita Harian, Berita Minggu, Bacaria, Mastika, Dewan Siswa dan Dewan Sastera. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Sabah 1996/1997, HSS 2000/2001,HSS 2004/2005. PERHENTIAN HIDUP Akan tiba
Masa yang tak cukup bilangan Senja berlabur malam Malam pun berlabur pagi Hela nafasku insyafkan diri Hidup tak lebih 1000 bulan Congkak ku dungak keatas Tundukku kurang berisi
Usia usang dimakan hari Tak berujung makna tika ini Sibuk menoleh isi bumi Hanya semata puaskan diri Rabbi hinanya pahaman ini
Syukur rabb
Karpet suci ini Kurebahkan segala kesombongan diri
Allahhumma shalli ala syaidina Muhammad
Karya
Rasyid Riza
Masjid Bandaraya,Kota Kinabalu sabah 01-03-2019 LIMA TAHUN BERLALU Lima tahun berlalu Kasih ini
Tak sebesar KasihMu Rabbi Cinta ini
Tak sebesar CintaMu Rabbi
Tak pantasku menoleh masa silam Sebab masa indah di hadapan KAU Janjikan Tak pula berangsur mundur kebelakang Sebab maju selalu jadi pilihan
Mungkin aku terlalu sayang Namun SayangMu lebih dari sayangku Mungkin aku terlalu rindu Namun RinduMu akan sujudku
Rabbi ampuni aku
Bukan doaku yang tak Engkau pantaskan Mungkin aku khilaf syukurku ternyata kurang
Rabbi
Syukur
Lima tahun berlalu KasihMu mengingatkanku Melebihi nalar mindaku
Karya Rasyid Riza Kota Kinabalu 26 Februari 2019 SABAH RASYID RIZA adalah penulis yang berasal dari Medan Indonesia. Beliau seorang wartawan dan menulis untuk surat khabar Waspada, sebuah surat khabar terkenal di Medan. Kini menetap di Kampung Likas, Kota Kinabalu.