Utusan Borneo (Sabah)

Program 3 Dalam 1 sukses

Sempena Mesyuarat Pemilihan AJK Surau AlMukminin Pangsapuri Tg. Aru sesi 2019-2021

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Surau AlMukminin Pangsapuri Tanjung Aru dengan kerjasama Persatuan Umie-Umie dan Badan Belia Pangsapuri Tanjung Aru telah menganjurk­an Program 3 Dalam 1 di Surau Al-Mukminin minggu lalu.

Program dua hari itu (23 dan 24 Februari) dibuat sempena Mesyuarat Tahunan Pemilihan AJK Bagi Sesi 20192021 Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tg Aru.

Pada hari pertama, sekitar jam 8 pagi program telah diisi dengan gotong royong membersihk­an Surau Al-Mukminin dan sekitarnya yang disertai oleh jawatankua­sa surau, belia, ahli-ahli AADK yang baru ditubuh, jawatankua­sa Umie-Umie dan anak-anak penghuni Pangsapuri Tg. Aru.

Acara diteruskan dengan pengisian Ceramah ‘Palu Menjerit’ yang disampaika­n oleh Pengarah Yadim Negeri Sabah Ustaz Haji Samin Haji Unki.

Ceramah berkisar pengalaman beliau bersama rombongan dari Sabah melawat kawasan dan berjumpa sendiri dengan mangsa Tsunami dan gempa bumidiPalu,Indonesiad­imana program ini turut mengamit hampir 200 masyarakat di sekitar perumahan ini dari kalangan pelbagai etnik dan agama.

Turut hadir sempena Ceramah Palu Menjerit ini ialah UPPM Tanjung Aru Yunus Busok, Kapitan Tg. Aru Puan Mary Lo, Ketua Penerangan N.17 Tg. Aru Ruslan Maksyum dan warga kerja Pejabat Warisan Tg. Aru, Roslan Mokti dan Ramlan Ahmad dari Pejabat Parlimen P.173 Putatan, Sarjan Raden mewakili Tuan Wagiman Ketua Balai Polis Tg. Aru dan lebih 170 masyarakat Pangsapuri Tg. Aru dan sekitar.

Program diakhiri dengan Mesyuarat Tahunan Pemilihan Jawatankua­sa Bagi Sesi 2019-2021 Surau AlMukminin Pangsapuri Tg Aru pada keesokan harinya di mana mesyuarat pemilihan pada kali ini telah diadakan di sebelah pagi yang bermula sekitar jam 9.00 pagi.

Dalam pemilihan itu, Md. Latif Uji mengekalka­n jawatan Pengerusi Surau Al-Mukminin Sesi 20192021 sementara Othman Unji menggantik­an Haji Ag. Matasan Ag. Mahmud untuk jawatan Timbalan Pengerusi.

Sementara Razis Jais menggantik­an Abdul Rahman Abdul Samad untuk jawatan Bendahari, dan Timbalan Bendahari (baru) Nurain Abdullah.

Dewi Yana Awang terus mengekalka­n jawatan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha disandang oleh Nursyafiqa Abdullah, manakala jawatan Juruaudit 1 Razif Jais dan Juruaudit 2 Artinawati Abdullah.

Seramai 15 orang Ahli Jawatankua­sa turut dilantik iaitu Abd. Rahman Abd. Samad, Hj. Ag. Matasan Ag. Mahmud, Zainal A. Chia, Ag. Buntar Ag. Jair, Hassim Othman, Nordin Ag. Bahari, Zul Norfaizal, Luis Sibin@ Muhd. Yusuf, George Junior, Sabri Mahmud, Alifah Adha Asmawie@ Bob, Noorazizah Jirin, Salmah Gani, Suhaidah Lautong dan Rahmah Wong.

Imam Keriah, Imam Rendra Ahmad terus diberi kepercayaa­nsebagaiPe­nasihat Jawatankua­sa Surau AlMukminin Pangsapuri Tg. Aru Sesi 2019-2021.

Md. Latif selaku pengerusi penganjur program ini mengucapka­n terima kasih kepada Adun Tanjung Aru Datuk Junz Wong dan Ahli Parlimen Putatan Ag. Husaini Datuk Haji Sahari atas sumbangan dana untuk aktiviti Surau AlMukminin.

Beliau juga turut merakamkan penghargaa­n kepada seluruh AJK Surau Al-Mukminin, ahli-ahli Persatuan Umie-Umie, AJK AADK Pangsapuri Tg. Aru dan Badan Belia juga penduduk yang menjayakan program berkenaan.

Beliau berharap akan terus diberikan kerjasama di dalam melaksanak­an tanggungja­wab yang dipikulkan kepadanya dan percaya dengan gabungan AJK lama dan baharu yang dipilih akan lebih memudahkan lagi jawatankua­sa ini melaksanak­an program yang akan dirancang kelak.

 ?? AJK Surau Al-Mukminin bergotong royong membersihk­an parit sekitar surau. ??
AJK Surau Al-Mukminin bergotong royong membersihk­an parit sekitar surau.
 ??  ?? MD. LATIF (dua kanan) bergambar kenangan bersama Ustaz Samin dan tetamu yang hadir sempena Ceramah ‘Palu Menjerit’.
MD. LATIF (dua kanan) bergambar kenangan bersama Ustaz Samin dan tetamu yang hadir sempena Ceramah ‘Palu Menjerit’.
 ??  ?? MD. LATIF (tengah) berkata sesuatu sebelum membubarka­n Jawatankua­sa Surua AlMukminin Pangsapuri Tg. Aru Sesi 2017-2019.
MD. LATIF (tengah) berkata sesuatu sebelum membubarka­n Jawatankua­sa Surua AlMukminin Pangsapuri Tg. Aru Sesi 2017-2019.
 ??  ?? SEBAHAGIAN masyarakat yang hadir sempena Ceramah ‘Palu Menjerit’ pada program 3 Dalam 1 berkenaan.
SEBAHAGIAN masyarakat yang hadir sempena Ceramah ‘Palu Menjerit’ pada program 3 Dalam 1 berkenaan.
 ??  ?? MD. LATIF (duduk, enam kanan) bersama barisan Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tg. Aru Sesi 2019-2021.
MD. LATIF (duduk, enam kanan) bersama barisan Jawatankua­sa Surau Al-Mukminin Pangsapuri Tg. Aru Sesi 2019-2021.
 ??  ?? USTAZ Samin berkongsi pengalaman menerusi Ceramah ‘Palu Menjerit’.
USTAZ Samin berkongsi pengalaman menerusi Ceramah ‘Palu Menjerit’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia