Utusan Borneo (Sabah)

Azis Jamman tinjau projek pembanguna­n di Esszone

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman membuat lawatan kerja bagi meninjau projek pembanguna­n kementeria­n di Zon Keselamata­n Timur Sabah (Esszone) di sini, pada Jumaat.

Lawatan kerja beliau disertai Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah, Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Sri Zulkifili Bin Abu Bakar.

Lawatan kerja dimulakan dengan taklimat pengoperas­ian dan isu-isu keselamata­n di kawasan Esszone oleh Komander Esscom, DCP Datuk Hazani Ghazali di Pejabat Esscom.

Antara projek-projek pembanguna­n dilawati adalah Projek Pembinaan Balai Polis di Pulau Bum-Bum yang merupakan sebuah bangunan balai polis kekal dengan prasana lengkap.

Projek ini akan menggantik­an kabin-kabin sedia ada yang uzur dan telah digunakan sejak tahun 2013.

Projek ini telah diluluskan pelaksanaa­nnya dan kerja-kerja akan dimulakan dalam masa terdekat.

Delegasi kemudianny­a dibawa melawat tapak Projek Forward Operation Base (FOB) di Pulau Mabul yang kini di peringkat penyediaan reka bentuk.

FOB ini merupakan fasiliti kepada Pasukan Polis Marin, PDRM untuk kawalan keselamata­n di kawasan sempadan perairan.

Projek ini apabila siap kelak akan merangkumi bangunan pentadbira­n, jeti, pos pengawal dan pemerhati, bangunan kediaman dan fasiliti sokongan yang lain.

Lawatan Kerja diakhiri dengan lawatan ke Jeti Bot Tempur Kem Azumi, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia.

Kawasan ini juga merupakan tapak cadangan bagi Projek Pembinaan Pangkalan Maritim Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Antara skop utama projek ini adalah bangunan pentadbira­n, jeti, rumah dan tangki minyak, serta fasiliti sokongan yang lain.

Projekyang­kinidiperi­ngkat penyediaan reka bentuk ini akan menjadi sebuah Forward Operation Base (FOB) kepada APMM dan juga agensi penguatkua­saan maritim lain khusus untuk kawalan keselamata­n perairan negara. Projek-projek pembanguna­n KDN ini adalah merupakan usaha berterusan Kerajaan dalam memperkasa­kan tahap keselamata­n dengan memperting­katkan infrastruk­tur keselamata­n di Esszone.

 ??  ?? AZIS dan Alwi mendengar penerangan mengenai balai polis di Pulau Bum-Bum.
AZIS dan Alwi mendengar penerangan mengenai balai polis di Pulau Bum-Bum.
 ??  ?? KABIN yang uzur.
KABIN yang uzur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia