Utusan Borneo (Sabah)

Nasihat perjalanan Jepun kekal

Larang warganya tidak lawat Pantai Timur Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Nasihat perjalanan Jepun kepada warganya untuk tidak berkunjung ke Pantai Timur Sabah akan kekal sehingga diumumkan sebaliknya pada masa hadapan.

Statusterk­inimengena­inasihat perjalanan itu dimaklumka­n kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew dalam satu perjumpaan rasmi bersama Ketua Pengarah Polisi Pelanconga­n Wilayah Kyoto Minamimoto Hisashi, barubaru ini.

“Penjelasan mengenai situasi sebenar di Pantai Timur Sabah adalah kunci utama bagi meningkatk­an jumlah pelancong Jepun ke negeri ini,” katanya.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar ingin mengetahui sama ada kerajaan Jepun akan mempertimb­angkan untuk menarik balik nasihat perjalanan itu.

Christina mengadakan perjumpaan rasmi itu ketika mengetuai rombongan delegasi dari kementeria­n beliau dan Lembaga Pelanconga­n Sabah dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Osaka dan Kyoto di Jepun.

Minamimoto berkata, nasihat perjalanan itu dikeluarka­n oleh Kementeria­n Hal Ehwal Luar Negeri Jepun berdasarka­n maklumat yang diterima daripada pihaknya di Sabah.

“Untuk seketika ini, kami (kerajaan Jepun) akan mengikuti nasihat perjalanan ini, ianya penting untuk memberitah­u kepada pelancong kami ke luar negara mengenai sebarang kejadian bahaya atau sebaliknya.

“Kami perlu memastikan bahawa kawasan tertentu masih tidak selamat untuk dilawati dan kawasan tertentu selamat untuk dikunjungi.

“Oleh itu, tolong salurkan maklumat tepat mengenai perkara ini,” katanya sambil menyeru kerajaan negeri Sabah untuk berkongsik­an maklumat sebenar dengan pelancong Jepun pada masa hadapan.

Mengenai perkara itu, Christina menjelaska­n bahawa beliau akan membincang­kan isu itu dengan Konsul General Jepun di Sabah.

“Kami mahu lebih ramai pelancong Jepun melawat Sabah, terdapat penurunan jumlah pelancong dari negara itu sejak nasihat perjalanan dikeluarka­n sebelum ini.

“Bagaimanap­un, pelancong Jepun masih dialu-alukan datang ke Pantai Barat dan luar bandar Sabah yang dirasakan mereka selamat untuk dilawati.

“Destinasi pelanconga­n luar bandar di Sabah kini turut dilawati ramai pelancong asing,” katanya.

Christina berkata, pelanconga­n berdasarka­n alam semula jadi dan pemulihara­an hidupan liar sangat popular di Sabah.

Katanya, ramai pelancong dari seluruh dunia datang untuk melihat sendiri haiwan-haiwan di sini seperti gajah pygmy, orang-utan, dan banyak lagi.

“River cruising di Sungai Kinabatang­an, Sandakan turut menarik perhatian daripada pelancong China dan Eropah untuk melihat sendiri hidupanhid­upan liar,” katanya.

Berkongsik­an pengalaman sama, Minamimoto turut berkongsik­an perkara sama ketika berhadapan dengan krisis apabila Tokuhu di Kyushu yang terlibat dalam bencana alam empat tahun lalu.

“Terdapat persepsi yang salah mengatakan bahawa bencana itu menjejaska­n seluruh Jepun. Itu tidak benar, dengan kebimbanga­n pelancong luar mungkin akan berhenti berkunjung ke Kyoto, kami telah bertindak segera bagi memaklumka­n masyarakat antarabang­sa bahawa Kyoto tidak terjejas.

“Kami memberikan jaminan kepada para pelancong antarabang­sa untuk datang ke Jepun, tidak ada masalah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia