Utusan Borneo (Sabah)

Gimnasrada tarikan SK Sungai Bedaun

-

LABUAN: Seramai 80 orang murid Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun (SKSB) menjalani latihan gimnasrada yang diadakan setiap hari sepanjang Cuti Tahun Baharu Cina di Dewan Permata, sekolah itu.

Gimnasrada adalah gabungan gimnastik, aerobik dan pergerakan kreatif dengan iringan muzik.

Menurut jurulatihn­ya Cikgu Norlisa Rusly yang merupakan Guru Pendidikan Jasmani SKSB, kumpulan gimnasrada diwujudkan bagi memberi peluang kepada murid-murid mengetahui tentang asas gimnastik dan kelebihann­ya.

Selain itu katanya, aktiviti ini juga dapat mendisipli­nkan murid kerana mereka perlu fokus dalam setiap pergerakan agar persembaha­n yang dilakukan kemas dan teratur bersesuaia­n dengan muzik iringan.

Sementara itu, Guru Besar SK Sungai Bedaun Cikgu Dg.Sarifah A.Mahmod berkata, gimnasrada merupakan bidang sukan yang baharu diperkenal­kan kepada muridmurid di SKSB.

Katanya, ia akan dipersemba­hkan sempena Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-17 yang akan berlangsun­g pada 3 Mac depan di Kompleks Sukan, Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Pihak sekolah berbangga dengan komitmen yang ditunjukka­n oleh jurulatih dan murid-murid yang menjalani latihan sepanjang cuti yang lalu. Begitu juga penglibata­n Penggerak Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) yang diketuai oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Wiwik Iswandari Sudirman untuk turut sama mengawasi anak-anak.

“Malah mereka sanggup menyediaka­n sarapan sepanjang sesi latihan berlangsun­g,”katanya ketika dihubungi semasa sesi latihan berlangsun­g.

Penolong Kanan Kokurikulu­m SKSB Cikgu Mohd Aizam Abdul

PENOLONG Kanan Kokurikulu­m, Mohd Aizam Abdul Rahim (berdiri di tengah) bersama Wiwik (tengah kanan) dan jurulatih Norlisa (tengah kiri) merakamkan gambar bersama peserta gimnasrada.

Rahim pula berkata, biarpun sukan gimnasrada ini baharu diperkenal­kan namun murid-murid cepat menguasai kemahiran.

Katanya, komitmen, disiplin dan semangat murid-murid dititikber­atkan sepanjang latihan. Ini menjadikan gimnasrada dapat dihasilkan dengan jayanya dalam masa dua minggu.

Pihak sekolah mengucapka­n tahniah kepada jurulatih dan ibu bapa yang telah berkorban masa, tenaga dan cuti mereka semata-mata untuk memberi peluang kepada anakanak SKSB mencungkil bakat dalam bidang tersebut.

“Semoga gimnasrada terus diminati dan menjadi salah satu tarikan yang boleh ditonjolka­n dalam kemenjadia­n murid SK Sungai Bedaun,”tambah Mohd Aizam lagi.

 ??  ?? MURID-murid yang terlibat gimnasrada terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6.
MURID-murid yang terlibat gimnasrada terdiri daripada murid tahun 1 hingga tahun 6.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia