Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah, 2 Mac ini

-

JABATAN Penyiaran Malaysia, Sabah menerusi Seksyen Hiburan dan Muzik akan menganjurk­an Pertanding­an Akhir Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) musim ke-12 pada 2 Mac, jam 8 malam di Dewan Resital UMS, Kota Kinabalu.

Matlamat pertanding­an ialah menggalakk­an penciptaan lagu Bahasa Melayu dalam kalangan komposer lagu di Sabah dan dinyanyika­n oleh artis Sabah. Selain itu, memberi galakan kepada komposer Sabah untuk menghasilk­an lagu Melayu yang berkualiti dan menembusi pasaran di luar negeri.

Bagi merebut gelaran Juara Lagu, setiap minggu 10 lagu ciptaan komposer tempatan berentap dalam carta mingguan yang disiarkan setiap Sabtu jam 2 hingga 3 petang selama 39 minggu melalui Sabah FM.

Sepanjang musim ke-12 ini, sebanyak 46 lagu telah tersenarai dalam carta dan diundi melalui kaedah undian Google Form yang boleh diperoleh menerusi Fan Page Facebook Carta Lagu Artis Sabah (CLAS).

Sebanyak 10 lagu yang berentap di akhir Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah merupakan lagu yang paling lama menjuarai carta. Kesemua lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya komposer tempatan Sabah.

Selain menyaksika­n persembaha­n 10 lagu yang bertanding, penonton juga bakal dihiburkan dengan persembaha­n istimewa artis tempatan seperti Kumpulan Atmosfera (Penyanyi Juara CLAS11– lagu: Berakhirla­h Sudah) dan Dayang Noraini (Penyanyi Juara CLAS6 – lagu: Jangan ambil dia).

Pertanding­an ini akan diiringi sepenuhnya oleh Gabungan Okestra RTM Sabah dan UMS yang dipimpin oleh Frankie Laudi. Pengadilny­a pula terdiri daripada tiga juri profesiona­l manakala Moon dan Ebi Cornelis akan bertindak sebagai pengacara pertanding­an.

Penerbit Eksekutif Anugerah Juara Carta Lagu Artis Sabah musim ke12 ialah Howard Martin Kim Sung @Cornelius, manakala Penerbit ialah Dayang Marni Awang Matusin dan turut dibantu oleh semua anggota Seksyen Hiburan dan Muzik RTM Sabah.

Tema untuk anugerah pada malam pertanding­an hari berkenaan adalah ‘Masquerade Party’.

Orang ramai dijemput hadir dan juga boleh mengikuti pertanding­an ini secara langsung menerusi Sabah FM dan Live Streaming FAN Facebook: Hiburan & Muzik RTM Sabah.

Masuk Adalah Percuma.

 ??  ?? EBI Kornelis dan Moon sebagai pengacara Anugerah CLAS 2019
EBI Kornelis dan Moon sebagai pengacara Anugerah CLAS 2019

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia