Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diingatkan tentang cabaran pengambila­lihan konsesi lebuh raya

-

KUALA LUMPUR: Cabaran dalam pengambila­lihan lebuh raya bertol di seluruh negara adalah lebih ketara berikutan keadaannya yang berbeza daripada pemansuhan sepenuhnya caj tol, kata seorang penganalis­is.

Penganalis­is MIDF Amanah Investment Bank Danial Razak berkata pengambila­lihan pada skala besar seumpama itu akan memerlukan kerajaan mencari alternatif untuk membiayai operasi sekiranya ia mahu mempunyai kawalan sepenuhnya.

“Pemansuhan sepenuhnya caj tol bermakna kerajaan perlu menanggung kos operasi dan penyelengg­araan pada masa depan, (dengan itu) menambah satu lagi beban perbelanja­an operasi yang perlu ditampung secara berterusan.

“Kecuali ada kaedah pembiayaan mampan untuk menampung kos operasi, kami percaya pemansuhan sepenuhnya bukan langkah yang munasabah,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pemansuhan sepenuhnya caj tol akan bermakna kerajaan persekutua­n perlu memikul beban tambahan ke atas bajet fiskal yang sememangny­a sudah ketat.

“Untuk lebih praktikal, kita boleh menjangkak­an kerajaan untuk mengekalka­n tol pada kadar lebih rendah, perkenalka­n diskaun waktu puncak atau bekukan kenaikan kadar tol seperti disebut oleh Menteri Kerja Raya Baru Bian pada Oktober tahun lepas,” katanya.

Danial menyifatka­n cadangan itu sebagai rasional kerana pengenalan caj kesesakan mungkin akan dapat menampung operasi lebuh raya berkenaan di masa depan.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Phillip Capital Management (Pelaburan) Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankua­sa untuk berkomunik­asi dengan pelabur berhubung langkah untuk mengambil alih projek infrastruk­tur seperti konsesi tol.

Beliau berkata walaupun langkah untuk memgambil alih konsesi tol merupakan langkah baik untuk mengurangk­an kos hidup, serta menunaikan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH), ia boleh memberikan tanggapan salah kepada pelabur asing bahawa kerajaan akan terlibat secara lebih aktif dalam projek infrastruk­tur.

Nazri Khan berkata jawatankua­sa itu boleh menghubung­i pelabur, memberi penjelasan bahawa niat kerajaan untuk mengurangk­an beban rakyat tidak akan mempertaru­hkan sektor swasta.

Ketika ini, terdapat 29 lebuh raya bertol di negara ini dan ia akan menyebabka­n kerajaan perlu menanggung kos antara RM130 bilion hingga RM145 bilion, termasuk hutang RM52 bilion, jika ia mengambil alih semuanya, di samping kos penyelengg­araan dianggarka­n antara RM1.5 bilion dan RM2.5 bilion.

Sabtu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumka­n kerajaan sudah memulakan rundingan dengan Gamuda Bhd untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang syarikat itu mempunyai pegangan majoriti.

Lebuh raya itu ialah LebuhrayaD­amansaraPu­chong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Ini merupakan ‘langkah pertama’ kerajaan PH dalam menunaikan janji pilihan rayanya untuk memansuhka­n kutipan tol secara berperingk­at bagi mengurangk­an kos sara hidup tinggi ditanggung penggunale­buhrayaber­kenaan, kata perdana menteri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia