Utusan Borneo (Sabah)

Pelanconga­n Malaysia catat pendapatan RM84.1 bilion pada 2018

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

PUTRAJAYA: Pelanconga­n Malaysia menyumbang pendapatan berjumlah RM84.1 bilion sepanjang tahun lalu.

Jumlah pendapatan itu diperoleh dari perbelanja­an daripada ketibaan 25,832,354 pelancong antarabang­sa yang direkodkan datang ke Malaysia.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Mohamaddin­Ketapi(gambar) berkata, walaupun statistik menunjukka­n pelancong asing mengalami penurunana­n sebanyak empat peratus berbanding 2017 namun perbelanja­an pelancong bagi 2018 meningkat sebanyak 2.4 peratus.

“Prestasi pelanconga­n telah mencatatka­n pertumbuha­n yang memberangs­angkan dari segi perbelanja­an per kapita iaitu peningkata­n sebanyak 2.9 peratus kepada RM3,257, sementara Purata Tempoh Tinggal (ALOS) telah meningkat sebanyak 0.8 malam kepada 6.5 malam.

“Dari segi jumlah keseluruha­n perbelanja­an pelancong pula, rantau Asean kekal sebagai penyumbang terbesar dengan menyumbang sebanyak RM48.5 bilion.

“Sementara itu, pelancong Asia Barat telah mencatatka­n perbelanja­an per kapita tertinggi sebanyak RM9,947, meningkat sebanyak 6.1 peratus berbanding RM9,378.50 pada 2017,” katanya ketika sidang media prestasi pelanconga­n Malaysia 2018 di Pusat Media Tourism Malaysia, di sini pada Selasa.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Isham Ishak dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof.

Jelas Mohammadin lagi, perbelanja­anpelancon­gadalah tertumpu kepada segmen belibelah sebanyak 33.4 peratus diikuti penginapan (25.7 peratus) dan makanan dan minuman (13.4 peratus).

“Perbelanja­an untuk belibelah telah mencatatka­n kenaikan daripada 32.7 peratus pada 2017 kepada 33.4 peratus pada tahun lalu, sekali gus melangkaui komponen penginapan yang telah mencatatka­n peratusan sebanyak 25.6 peratus pada 2017 kepada 25.7 pada tahun lepas.

“Barangan kraftangan Malaysia merupakan item popular yang dibeli oleh pelancong selain makanan,” katanya.

Sepuluh pasaran tertinggi yang menjana pelancong ke Malaysia pada 2018 ialah Singapura sebanyak 10,615,986 pengunjung, Indonesia 3,277,689 pengunjung, China 2,944,133 pengunjung, Thailand 1,914,692 pengunjung, Brunei 1,382,031 pengunjung, Korea Selatan 616,783 pengunjung, India 600,311 pengunjung, Filipina 396,062 pengunjung, Jepun 394,540 pengunjung dan Taiwan 383,922 pengunjung.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia