Utusan Borneo (Sabah)

MB Johor ingatkan penyewa Rumah Pangsa Seri Baiduri tidak sewakan semula rumah

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor hari ini mengingatk­an 190 penyewa Rumah Pangsa Seri Baiduri, Bandar Tiram, di sini, supaya tidak mengaut keuntungan segera atau ‘makan atas angin’ dengan menyewakan semula rumah masing-masing kepada pihak lain.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata para penyewa menerusi Skim Sewa Beli (RTO) Jauhar Prihatin berkenaan bakal berdepan tindakan sekiranya mereka dikesan menyewakan semula rumah berkenaan.

“Jika ada dalam pengetahua­n anda semua pemilik yang menyewakan rumah mereka kepada pihak lain, laporkan kepada pihak kami (kerajaan negeri).

Saya mengharapk­an agar anda semua jaga sebaiknya dan hargailah rumah yang tuantuan dan puan-puan terima ini,” katanya berucap pada Majlis Pengundian Unit Jauhar Prihatin Rumah Pangsa Seri Baiduri, Bandar Tiram, Ulu Tiram, di sini pada Ahad, yang dikendalik­an syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Johor, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Pembanguna­n Luar Bandar Johor Dzulkefly Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Mohd Noorazam Osman.

KPRJ menerusi anak syarikatny­a, Generasi Ta’zim Sdn Bhd (GTSB) menawarkan 190 unit rumah pangsa Seri Baiduri berkeluasa­n 680 kaki persegi (63.17 meter persegi) menerusi Skim Sewa Beli Jauhar Prihatin, satu inisiatif yang memberi manfaat kepada golongan B40 memiliki rumah sendiri.

Kesemua 190 penyewa berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruha­n 650 pemohon.

Menurut Osman, Jauhar Prihatin diperkenal­kan bagi membantu mereka yang berdepan dengan kesukaran mendapatka­n pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan apabila ingin membeli rumah yang ditawarkan terutama golongan B40.

Beliau berkata menerusi skim tersebut, penyewa akan bertukar menjadi pembeli selepas lima tahun dan berpeluang memohon pinjaman perumahan seperti biasa daripada institusi kewangan dengan rekod dan merit yang lebih baik.

“Skim Jauhar Prihatin ini menandakan bahawa inisiatif kerajaan dalam meningkatk­an mutu kehidupan rakyat tidak pernah terhenti dan program seumpama ini tidak dilaksanak­an secara bermusim.

Pembeli rumah menerusi skim itu juga tidak perlu risau memandangk­an harga hartanah yang ditawarkan semasa menandatan­gani perjanjian sewa-beli adalah sama dengan harga yang ditetapkan semasa perjanjian sewa-beli lima tahun sebelumnya,” katanya dengan turut menasihati penyewa Rumah Pangsa Seri Baiduri supaya sentiasa mematuhi tarikh pembayaran sewaan bulanan berjumlah RM260.

Osman berkata, sehingga hari ini, dianggarka­n sebanyak 4,715 unit rumah diperuntuk­kan di bawah skim Jauhar Prihatin iaitu meliputi hampir 90 peratus daerah Johor Bahru dan ia akan diperluas ke daerah lain dari semasa ke semasa. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia