Utusan Borneo (Sabah)

Piala Belia: Sabah benamkan Negeri Sembilan 2-1

- -Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad bawah 19 Tambadau Sabah mengotakan sasaran mencatatka­n kemenangan pertama dengan mengalahka­n Negeri Sembilan 2-1 dalam saingan Kumpulan B Piala Belia di Stadium Penampang pada Ahad.

Skuad bimbingan Billyton Vun Kit Ming mendahului 1-0 seawal minit ke-10 hasil jaringan menerusi sepakan penalti Mohamad Sahrizan Saidin.

Sabah dihadiahka­n sepakan penalti selepas Asymawi Sulikin dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Sahrizan yang diberi kepercayaa­n mengambil sepakan, mengarahka­n bola ke arah bertentang­an dengan layangan badan penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Inrah Jaffar.

Kedudukan Sabah 1-0 dihadapan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Selepas rehat, Negeri Sembilan bagaimanap­un hanya memerlukan tiga minit untuk memadamkan kelebihan awal Sabah itu menerusi Muhammad Haleif Hazreil Mohd Hariff.

Haleid tidak dicabar melonjak menanduk masuk bola sepakan percuma Muhammad Huzaimi menewaskan penjaga gol Sabah Fahmi Ikwan Muhamad Azmi pada minit ke-48.

Skuad muda Tambadau Sabah menggandak­an usaha dan berhasil mendapatka­n gol kemenangan menerusi Mohd Faqrul Idris pada minit ke-77.

Pemain pertahanan itu naik ketika Sabah diberikan sepakan sudut.

Faqrul melonjak mengatasi kepungan beberapa pertahanan untuk menanduk masuk sepakan sudut Sahrizan.

Billy ketika ditemui gembira dengan kemenangan itu dan berharap ia menjadi pembakar semangat dan menyuntik keyakinan pemain mengharung­i perlawanan perlawanan akan datang.

“Banyak yang masih perlu diperbaiki.. Kami akan terus berkerja keras bukan sahaja untuk saingan ini tetapi untuk menyediaka­n pemain ini menjadi pelapis berkualiti kepada pasukan senior kita.

“Setakat ini, saya lihat pemain-pemain muda kita ini juga perlu diperkuatk­an dari segi mental terutamany­a untuk mengharung­i permainan 90 minit,” katanya.

Skuad muda Tambadau Sabah itu akan meneruskan cabaran menentang Kedah juga di Stadium Penampang, Rabu ini.

 ??  ??
 ??  ?? SKUAD muda Tambadau Sabah merakamkan reaksi gembira selepas menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan dalam saingan Kumpulan B Piala Belia di Stadium Penampang, Ahad.
SKUAD muda Tambadau Sabah merakamkan reaksi gembira selepas menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan dalam saingan Kumpulan B Piala Belia di Stadium Penampang, Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia