Utusan Borneo (Sabah)

KKOSPC dibuka di Sabah, himpun maklumat jualan pelaburan hartanah

Pusat penghubung pelabur, pemaju dan pembeli hartanah

- Oleh SADDAM EDRIS

“KKOSPC akan menjadi platform menghubung­kan pemaju, pelabur hartanah dan pembeli rumah. ” GEORGE HIEW

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

KOTA KINABALU: Pemaju dan pelabur kini boleh memperoleh informasi secara mudah berkaitan projek hartanah dengan pembukaan KK One Stop Property Centre (KKOSPC) yang pertama di negeri ini.

Pusat yang menghimpun­kan maklumat jualan pelaburan hartanah di seluruh negara itu terletak di Jalan Plaza Sutera Avenue Commercial, di sini.

Majlis pelancaran pusat berkenaan disempurna­kan oleh Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri Chak Wah Cheun, mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew ketika berucap berkata, KKOSPC akan menjadi platform menghubung­kan pemaju, pelabur hartanah dan pembeli rumah.

“Kita dapat pelbagai model rumah untuk pemaju di ruang pameran yang turut sediakan dan dewan persidanga­n yang luas untuk perbincang­an, termasuk mengadakan seminar hartanah.

“Sekiranya anda berhasrat membeli hartanah di Kuala Lumpur atau pasaran antarabang­sa, pusat ini akan menjadi langkah pertama mendapatka­n maklumat dan maklumat asas,” katanya sempena Majlis Pelancaran KKOSPC di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh wakilnya Alan Thien.

Dalam pada itu, George tidak menafikan bahawa penduduk di Sabah menghadapi kesukaran kaedah memeriksa ketepatan dan kebolehper­cayaan maklumat disebabkan tinggal dalam negeri ini.

Untuk itu, katanya, KKOSPC berupaya menjadi jambatan untuk menghubung­kan pemaju dengan pelabur di mana-mana sahaja dengan mendapatka­n profil serta butiran hartanah lengkap.

“Profil pemaju dan syarikat adalah kriteria penting dan menjadi perhatian utama kepada pembeli hartanah. Ia bagi mendapat kepercayaa­n dan menjaga hubungan jangka panjang dengan pembeli.

“Oleh itu, pembeli berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai pemaju dan projeknya melalui pusat ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, pusat itu juga menempatka­n kakitangan profesiona­l dan terlatih termasuk penasihat jualan yang arif untuk memberi maklumat yang tepat kepada pembeli rumah serta pelabur.

Katanya, penasihat jualan hartanah perlu memiliki pengetahua­n tentang butiran harta benda yang menjadi aspek penting.

“Penyediaan maklumat yang betul, memahami tingkah laku pembeli, sikap, status kewangan, alasan untuk membeli, faktor yang mempengaru­hi keputusan dan kemudian membantu pembeli menganalis­a mengikut keadaannya juga sangat penting.

“Di samping itu, kakitangan terlatih bukan sahaja perlu mengetahui butiran hartanah tetapi juga memerlukan pengetahua­n yang luas seperti pengetahua­n pembiayaan bank dan dokumentas­i undang-undang.

“Sebagai penasihat jualan profesiona­l, anda juga perlu sentiasa menjadi pendengar yang baik,” jelasnya.

Tambahnya, mengetahui kesesuaian mengikut citarasa pelanggan juga amat penting melalui rekod pengumpula­n data, maklumbala­s dan maklumat berkaitan.

KKOSPC turut menyediaka­n galeri pameran hartanah tempatan dan luar negara yang akan diperbahar­ui berdasarka­n perbezaan pembanguna­n projek mengikut pusingan dalam tempoh seminggu atau bulanan.

Selain itu, pusat itu menyediaka­n perkhidmat­an perunding secara bersemuka bagi menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan pelaburan, dan lain-lain.

Pada masa sama, dewan persidanga­n yang disediakan dalam pusat itu juga akan dapat menampung 120 orang untuk mengadakan seminar hartanah.

Hadir sama ialah Presiden Shareda Chew Sang Hai dan Pengarah Urusan NB Land Group GN Wong.

 ??  ?? CHAK (dua dari kiri) menandatan­gani plak perasmian pembukaan KKOSPC yang pertama di Sabah.
CHAK (dua dari kiri) menandatan­gani plak perasmian pembukaan KKOSPC yang pertama di Sabah.
 ??  ?? TETAMU kehormat mendengar penjelasan daripada Wincent Saw berkaitan pameran projek hartanah yang dibuka di pusat berkenaan.
TETAMU kehormat mendengar penjelasan daripada Wincent Saw berkaitan pameran projek hartanah yang dibuka di pusat berkenaan.
 ??  ?? GN Wong (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Chak.
GN Wong (tengah) menyampaik­an cendera kenangan kepada Chak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia