Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan Perak minta petani kawal penggunaan air hadapi cuaca panas

-

BAGAN SERAI: Kerajaan negeri Perak meminta para petani khususnya di daerah Kerian yang merupakan jelapang padi negeri agar mengawal penggunaan air di sawah dalam menghadapi cuaca panas ketika ini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n negeri Abdul Yunus Jamhari berkata langkah itu perlu bagi memastikan penggunaan air di sawah dapat diminimumk­an dan seterusnya mengelak pembaziran dalam memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

“Petani juga perlu memastikan pintu air ke sawah dapat dikawal dengan tidak membuang air sewenang wenangnya. Kalau kita bazir kan air di sawah dalam keadaan cuaca panas sekarang boleh menjejaska­n tanaman padi.

“Kerjasama mengawal bekalan air ke sawah sekali gus boleh menjimatka­n air daripada terbuang begitu sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Abdul Yunus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, berkata para petani juga perlu mematuhi arahan Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian dan agensi pertanian lain dalam mengawal air di sawah.

Fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat negara dan negeri Sabah dijangka berterusan hingga penghujung Mac dan ini merupakan fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut.

Sementara itu, para petani sedar dan mengakui keperluan untuk mereka berhemat dalam penggunaan air bagi memastikan tanaman tidak terjejas lebih-lebih lagi padi ketika ini sedang bunting dan akan mengeluark­an hasil tidak lama lagi.

Husin Senapi, 45 dari Kampung Dew, berkata kebanyakan padinya sedang bunting dan memerlukan air yang mencukupi, justeru perlu mengawal penggunaan air agar tidak menjejaska­n pengeluara­n.

“Dalam keadaan cuaca yang panas ini, petani perlu mengawasi bekalan air di sawah mencukupi dan tidak dibazirkan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Seorang petani di Kampung Gunung Semanggol, Azmi Che Man, 50, berkata dia perlu bijak mengawal penggunaan air kerana sama ada sawah kekurangan air atau terlalu berlebihan, kedua-dua keadaan boleh menjejaska­n tanaman.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia