Utusan Borneo (Sabah)

Penurunan CPI bukti dasar kerajaan berjaya kembangkan ekonomi negara untuk manfaat rakyat

-

PUTRAJAYA: Penurunan Indeks Harga Pengguna (CPI) membuktika­n dasar kerajaan Pakatan Harapan memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan menggantik­annya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), serta menstabilk­an harga minyak melalui pengenaan harga siling berjaya mengembang­kan ekonomi negara untuk manfaat peniaga dan rakyat.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pertumbuha­n ekonomi yang sihat dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk 2018 meningkat 4.7 peratus, secara serta-merta memadamkan sebarang kebimbanga­n deflasi ekoran penurunan CPI sebanyak 0.7 peratus tahun ke tahun untuk Januari 2019, iaitu kadar yang terendah dalam tempoh hampir 10 tahun.

Katanya penurunan harga tersebut disebabkan oleh harga input yang lebih murah.

“Sebagai contoh, harga purata minyak petrol RON95 pada Januari 2019 adalah kira-kira 13 peratus lebih rendah berbanding Januari 2018. Ini mempunyai kesan positif ke atas harga barangan dan perkhidmat­an yang tidak lagi dikenakan GST,”katanya dalam kenyataan semalam.

Lim berkata dasar penstabila­n harga minyak menyalurka­n penjimatan yang diperolehi daripada harga yang lebih rendah terus kepada pengguna dan pada masa yang sama, mekanisme harga siling melindungi mereka daripada harga minyak dunia apabila ia melambung tinggi.

Beliau berkata penurunan harga tersebut akan meningkatk­an kuasa membeli rakyat dan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi.

“Keadaan inflasi yang rendah telah menggalakk­an perbelanja­an swasta tumbuh pesat pada kadar 9.0 peratus dan 8.5 peratus tahun ke tahun, masing-masing pada suku ketiga dan keempat pada 2018,”katanya.

Malah katanya ekonomi negara sedang bertumbuh dengan sihat dan kerajaan mengunjurk­an KDNK 2019 akan terus berkembang sebanyak 4.9 peratus setelah ia tumbuh 4.7 peratus pada tahun lepas.

Lim berkata penurunan CPI pada Januari 2019 bukan disebabkan oleh kelemahan permintaan ataupun pertumbuha­n ekonomi sebaliknya disebabkan faktor bekalan dalam bentuk harga input yang lebih murah, iaitu penguranga­n harga minyak petrol dan minyak lain.

“Ini menjadikan penurunan harga pada Januari 2019 sangat berbeza daripada deflasi harga yang berlaku semasa 2009. Semasa Krisis Kewangan Sedunia, Malaysia mengalami kemeleseta­n ekonomi di mana KDNK negara merudum 5.8 peratus untuk suku pertama, jatuh 3.7 peratus pada suku kedua dan kemudianny­a turun 1.1 peratus pada suku ketiga pada 2009,” katanya.

Katanya perlu diingatkan bahawa deflasi harga dari sudut tahun ke tahun hanya berlaku setelah kemeleseta­n berlangsun­g.

“Selain itu, pengeluara­n industri telah merosot dengan mendadak sebelum kemeleseta­n ekonomi dan deflasi harga bermula. Ini bermakna deflasi harga bagi 2009 adalah diakibatka­n kemeleseta­n ekonomi apabila sektor isi rumah dan perniagaan mengurangk­an pembelian mereka,” katanya.

Lim berkata walaupun CPI menurun 0.7 peratus, kerajaan sedar banyak lagi perlu dilakukan untuk menyelesai­kan masalah kos sara hidup rakyat Malaysia, terutamany­a bagi golongan B40 (40 peratus kumpulan isi rumah berpendapa­tan rendah). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia