Utusan Borneo (Sabah)

Sindiket edar dadah guna kurier tumpas, seorang lelaki dicekup

-

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menumpaska­n sindiket pengedaran dadah susulan penangkapa­n seorang lelaki tempatan yang didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 3,034 gram bernilai RM151,700 pada Jumaat.

Pengarah Kastam Negeri Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, tangkapan tersebut dilakukan di hadapan sebuah pejabat kurier di sini sekitar jam 2 petang.

“Sindiket dipercayai menggunaka­n perkhidmat­an kurier bagi mendapatka­n bekalan dadah kerana pergerakan bungkusan kurier mudah untuk dikesan melalui ‘tracking.’

“Namun, JKDM sentiasa berwaspada dengan taktik yang digunakan dan kerap kali membuat penilaian risiko ke atas bungkusan kurier,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Sharifah Halimah berkata, suspek berusia 45 tahun itu kini direman selama tujuh hari sehingga 2 Mac untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya juga, kejayaan tersebut merupakan kes dadah pertama dan terbesar setakat tahun ini bagi JKDM Sarawak.

“Bagi 2018, Cawangan Narkotik JKDM Sarawak merekodkan rampasan dadah pelbagai jenis dengan nilai mencecah RM1.7 juta,” jelasnya.

Justeru, beliau memohon orang awam agar menyalurka­n maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an dadah dan barang larangan lain seperti rokok, minuman keras dan mercun dengan menghubung­i talian bebas tol JKDM 1-80088-8855.

“Selain itu, orang awam juga boleh menghubung­i JKDM Sarawak menerusi talian 082-472133 atau mana-mana pejabat kastam berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? DADAH jenis syabu yang dirampas daripada suspek.
DADAH jenis syabu yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia