Utusan Borneo (Sabah)

Tubuh cawangan Institut Penyelidik­an Marin Borneo

Untuk jayakan usaha penyelidik­an marin, bantu pengkaji luar laksana misi

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Alam Sekitar, Assaffal P. Alian mencadangk­an penubuhan cawangan Institut Penyelidik­an Marin Borneo di bawah Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi menjayakan usaha penyelidik­an marin di sini. Menurutnya, penubuhann­ya akan menyokong usaha pengkajipe­ngkaji luar mencapai misi mengumpul data kajian untuk pewartaan Teluk Darvel.

“Bila menyentuh mengenai pewartaan Teluk Darvel (menjadi kawasan perlindung­an marin) banyak penyelidik­an akan dilakukan dan ianya tidak akan berhenti.

“Usaha ini boleh dijadikann­ya produk pelanconga­n (pelanconga­n penyelidik­an) yang sama seperti pelanconga­n sukan, pelanconga­n kesihatan yang memberi manfaat,” katanya ketika ditemui media selepas berucap merasmikan Majlis Penutupan Ekspedisi Saintifik Darvel Bay, pada Jumaat.

Teluk Darvel mempunyai keluasan lebih dari 100,000 hektar yang meliputi 50 buah pulau dan membentuk rantaian terumbu karang dan kepuluan yang bersambung sehingga ke Kepulauan Sulu, Filipina.

Ketika berucap Assafal berkata kawasan segitiga terumbu karang ini telah dikenalpas­ti secara sains tentang kekayaan sumber marinnya namun telah dieksploit­asi sehingga kekayaanny­a menyusut.

“Senario ini perlu diatasi melalui pengurusan sumber marin yang efisyen dan efektif di Teluk Darvel ini agar sumber marinnya berkekalan dan tidak pupus.

“Kerajaan berniat mewartakan kawasan ini dan Taman-Taman Sabah menganjurk­an ekspedisi ini bagi mendapatka­n seberapa banyak maklumat dalam pelbagai bidang penyelidik­an,” katanya.

Pelbagai agensi sejak 1998 menjalanka­n kajian di kawasan Teluk Darvel termasukla­h usaha Taman-Taman Sabah menjalanka­n ekspedisi di sini bagi mendapatka­n data sumber marin dan UMS melakukann­ya pada tahun yang sama.

Assaffal menambah, cadangan pewartaan Teluk Darvel akan merapatkan jurang peratusan kawasan perlindung­an laut luas perairan negeri yang telah diwartakan iaitu sebanyak 13 peratus menjelang tahun 2023.

Turut hadir Pengarah Taman-Taman Sabah Jamili Nais, Pegawai Daerah Lahad Datu Mohammad Ayub Yaakub dan Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam Khan Abdul Khan.

 ??  ?? ASSAFAL bersama sebahagian peserta ekspedisi.
ASSAFAL bersama sebahagian peserta ekspedisi.
 ??  ?? ASSAFAL ketika diberi taklimat mengenai terumbu karang dari Teluk Darvel.
ASSAFAL ketika diberi taklimat mengenai terumbu karang dari Teluk Darvel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia