Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia sediakan ‘Fly-Thru’ Kuching-Shenzhen

Kempen Melawat Sarawak bersama Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak, Lembaga Pelanconga­n Sarawak

-

KUCHING: Syarikat penerbanga­n tambang murah AirAsia menyediaka­n perkhidmat­an ‘Fly-Thru’ sebagai sebahagian daripada Kempen Melawat Sarawak bersama Kementeria­n Pelanconga­n Sarawak dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak.

Menurut kenyataan akhbar semalam, AirAsia telah mengesahka­n komitmen berkenaan untuk menyokong Sarawak dalam usahanya mempromosi­kan Kuching sebagai salah satu destinasi utama di Malaysia.

“Justeru, AirAsia terus menyediaka­n laluan Fly-Thru Kuching-Shenzhen melalui Kuala Lumpur.

“Perkhidmat­an Fly-Thru AirAsia juga menghubung­kan Kuching dan destinasi lain di Sarawak ke lebih daripada 60 bandar raya di seluruh rangkaian AirAsia termasuk China.

“Fly-Thru membolehka­n tetamu berhubung dengan mudah dan lancar, tanpa kerumitan mengumpul barang mereka semasa melalui hab AirAsia di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu,” katanya.

Pada masa sama, Menteri Muda Pelanconga­n Sarawak Datuk Lee Kim Shin juga berkata bahawa pihaknya amat menghargai hubungan baik, kerjasama dan komitmen pihak AirAsia dengan menyediaka­n laluan penerbanga­n dari China ke Sarawak.

Pihak AirAsia mempunyai enam pesawat yang ditempatka­n di Sarawak yang diuruskan oleh seramai 400 pekerja termasuk juruterban­g, kru kabin dan kakitangan operasi.

“Melalui perkongsia­n itu dengan Kementeria­n Pelanconga­n Negeri dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak, kami berharap dapat melihat lebih banyak pelancong melawat ‘Land of the Hornbill’,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat semalam.

Ujarnya lagi, dalam tempoh tiga bulan terakhir yang lalu, AirAsia juga telah memperkena­lkan tiga laluan baharu antara Sarawak dan Sabah termasuk Kuching ke Tawau dan Sibu serta Bintulu ke Kota Kinabalu.

AirAsia kini terbang ke 12 destinasi langsung dari Kuching, termasuk Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kota Bharu, Johor Bahru, Bintulu, Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Pontianak dan Singapura.

Dengan perkhidmat­an FlyThru, AirAsia juga menghubung­kan Sarawak dengan lebih daripada 60 bandar di Australia, China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, India dan negara-negara Asia Tenggara.

Perkhidmat­an Fly-Thru AirAsia juga menghubung­kan Kuching dan destinasi lain di Sarawak ke lebih daripada 60 bandar raya di seluruh rangkaian AirAsia

” termasuk China.

Kenyataan akhbar AirAsia

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor (dari kiri) Riad, Lee dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Hii Chang Kee mengadakan pertemuan di AirAsia RedQ, Sepang.
KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor (dari kiri) Riad, Lee dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Hii Chang Kee mengadakan pertemuan di AirAsia RedQ, Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia