Utusan Borneo (Sabah)

Wong ikrar parti baharunya lebih kuat dan lebih baik

-

SIBU: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata, beliau akan bekerja keras untuk menjadikan partinya lebih kuat.

Ketika ditemui pemberita selepas upacara menyemandi­kan anak lelaki tunggalnya mendiang Dato Andrew Wong Kee Yew, beliau turut berjanji akan berusaha berkhidmat untuk Sibu dan Sarawak dengan lebih baik.

“Ini untuk membuktika­n kepada dunia terutamany­a membuktika­nkepadarak­yatdi Sibu dan Sarawak umumnya, apa yang telah saya lakukan bukan untuk anak lelaki saya atau menjadikan anak lelaki saya pemimpin seterusnya.

“Kini anak saya (Andrew Wong) telah pergi selamalama­nya, saya akan bekerja keras untuk rakyat Sibu dan Sarawak,” ujarnya.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bawang Assan berkata, mereka sedang menunggu nama baharu Parti Sarawak Bersatu (PSB) untuk diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Sebaik sahaja ia diluluskan, merekajuga­akanmelanc­arkan logo baharu parti.

Sementara itu, suasana pilu dan sedih menyelubun­gi upacara menyemadik­an mendiang Andrew di Taman Peringatan Nirvana semalam.

Seramai kira-kira 1,000 hadirin terdiri daripada ahli keluarga dan rakanrakan hadir memberikan penghormat­an terakhir kepada mendiang.

Mendiang Andrew, 43, ditemui tidak sedarkan diri sekitar jam 9 malam dalam bilik di kediaman keluargany­a, Jalan Ipoh pada Ahad lepas.

Ketika hayatnya mendiang pernah menjadi timbalan pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) serta pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Sibu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.

Mendiang meninggalk­an balu Datin Lily Toh serta dua anak Sean Wong dan Natasha Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia