Utusan Borneo (Sabah)

Trump teliti tindakan lain dikenakan ke atas Venezuela

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sedang meneliti beberapa tindakan lain yang mungkin akan diambil berhubung isu Venezuela, tetapi bukan langkah ketenteraa­n, lapor agensi berita Anadolu.

“Saya rasa ada beberapa pilihan dan sedang menelitiny­a,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

Terdahulu Presiden AS itu bertemu dengan Presiden Colombia, Ivan Duque Marquez.

Ditanya sama ada AS akan mempertimb­angkan langkah ketenteraa­n, ujar Trump: “Saya tidak pernah berbincang tentangnya.”

Komen Trump itu bercanggah dengan kenyataan awalnya kepada CBS yang mengatakan langkah ketenteraa­n adalah pilihan lain di negara Amerika Latin.

Lawatan Duque ke Washington ketika hubungan Venezuela berdepan tekanan diplomatik dan ekonomi berterusan dari AS, memaksa Presidenny­a Nicolas Maduro menyerahka­n kuasa kepada pemimpin Dewan Negara, Juan Guaido yang mengisytih­arkan dirinya sebagai presiden pada 23 Januari lalu.

AS, Kanada dan kebanyakan negara di Amerika Latin dan lebih 20 negara Eropah menyatakan sokongan kepada Guaido.

Maduro bagaimanap­un berkeras enggan meletak jawatan dan mendakwa Washington merancang melancarka­n rampasan kuasa.

Sementara itu China, Iran, Rusia dan Turki berada di belakang Maduro.

Sebelum ini, pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Luar Negeri Eliot Engel, menolak sebarang sokongan campur tangan ketenteraa­n di Venezuela. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia