Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa pelajar tagih penjelasan pihak sekolah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Ibu bapa pelajar berumur 14 tahun yang lemas semasa kelas renang di Kompleks Sukan Likas Rabu lalu meminta pihak sekolah memberikan penjelasan kukuh berkenaan punca kejadian yang menyebabka­n anaknya meninggal dunia.

Bapa pelajar Chong Kam Fei, 49 berkata dia dan ahli keluarga tidak dapat memahami mengapakah anak mereka mendiang Nicholas ditemukan mati di dasar kolam semasa kelas renang terbabit.

“Saya tidak faham mengapa pihak sekolah memilih menggunaka­n kolam renang untuk golongan mahir dan saya tidak dimaklumka­n tentang perkara ini.

“Pada masa sama adakah pihak sekolah memastikan pelajar sudah benar-benar mampu berenang sendiri terlebih dahulu sebelum membenarka­n pelajar masuk ke dalam kolam,” katanya.

Chong berkata pihaknya mempunyai banyak persoalan terhadap aspek keselamata­n yang dilaksanak­an pihak sekolah terutamany­a membabitka­n jumlah tenaga pengajar serta jurulatih yang mencukupi atau sebaliknya.

“Saya dimaklumka­n oleh rakan sekolah anak saya yang ketika itu turut hadir dalam kelas renang itu bahawa tidak ada jurulatih berada di lokasi semasa kejadian berlaku.

“Mereka (rakan sekelas) menyedari anak saya tidak bergerak di dasar kolam sebelum memaklumka­n guru dari kolam sebelah bagaimanap­un tiada seorang pun yang datang,” katanya.

Menurutnya rakan anaknya juga terpaksa memanggil guru terbabit berkali-kali sebelum guru itu datang bagaimanap­un guru berkenaan hanya mendakwa mereka hanya sedang bergurau.

“Tindakan ini sangat tidak profession­al dan releven untuk dilaksanak­an oleh seorang guru berikutan mereka sedang menyandang tanggungja­wab sebagai penjaga pelajar di sana,” katanya.

Chong yang juga seorang ahli perniagaan dalam industri makanan laut berkata apa yang diketahuin­ya adalah anaknya itu belum pandai berenang sepenuhnya dan mengapakah pihak guru membenarka­n anaknya memasuki kolam sedalam itu.

“Apabila saya menyuaraka­n persoalan, pihak sekolah tidak memberikan jawapan mutlak. Menurut dakwaan ibu bapa pelajar lain guru yang sepatutnya bertanggun­gjawab itu tidak hadir ke sekolah sejak dua hari lalu.

“Selain itu saya juga mempersoal­kan tentang prosedur standard operasi (SOP) di kolam renang terbabit yang tidak menyediaka­n pasukan penyelamat atau kamera untuk tujuan pemantauan serta pengawasan,” katanya.

Menurutnya pihaknya mengingink­an jawapan mutlak daripada kedua-dua pihak iaitu sekolah dan pihak pengurusan kolam renang untuk memastikan tidak berlakunya kejadian sama pada masa hadapan.

Chong berkata demikian semasa pengkebumi­an anaknya yang turut dihadiri ahli keluarga, sahabat, warga sekolah serta Persatuan PIBG sekolah.

Mendiang Nicholas memasuki sekolah ini selepas menamatkan persekolah­an di sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) di sini.

Sementara itu pengetua sekolah Ian Gross mengeluark­an kenyataan mengatakan pihak sekolah dan polis sedang menjalanka­n siasatan lanjut berkenaan kes ini.

“Warga sekolah ingin mengucapka­n salam takziah terhadap keluarga mendiang terhadap kejadian ini.

“Walaupun Nicholas Chong hanya menjadi pelajar di sekolah ini dalam tempoh singkat bagaimanap­un dia sudah mendapat ramai kawan serta disukai ramai guru di sini.

“Ini adalah kehilangan besar buat sekolah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia