Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan pembelaan bantah kes Rosmah dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi

-

KUALA LUMPUR:Mahkamah Sesyen pada Jumaat dimaklumka­n pasukan pembelaan mewakili isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa meminta dan menerima rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak, membantah pemohonan pihak pendakwaan untuk memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Perkara tersebut dimaklumka­n oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar ketika sebutan semula kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad.

Bagaimanap­un, Mohd Dusuki berkata tarikh pendengara­n bagi permohonan memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi telah ditetapkan pada 15 Mac.

“Oleh kerana pemohonan masih lagi tertangguh dan belum lagi diselesaik­an di Mahkamah Tinggi, jadi saya pohon tarikh sebutan lain ditetapkan,” kata Mohd Dusuki, dan Azman menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah mengesahka­n perkara itu dan pihaknya telah menyerahka­n afidavit berhubung permohonan untuk memindahka­n kes itu namun pihak pendakwaan masih belum memberi jawapan.

“Ya, benar… kita juga telah serahkan afidavit tetapi pihak pendakwaan masih belum menjawab,” katanya.

Pada 15 Nov tahun lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187,500,000 dan menerima rasuah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosmah turut diwakili peguam Datuk Jagjit Singh. Suaminya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelaki mereka Mohd Ashman turut hadir pada prosiding pada Jumaat.Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? ROSMAH, yang didakwa meminta dan menerima rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak tiba di Mahkamah Sesyen bagi sebutan kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.Turut kelihatan anak lelakinya Mohd Ashman Mohd Najib.
-Gambar Bernama ROSMAH, yang didakwa meminta dan menerima rasuah berhubung projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak tiba di Mahkamah Sesyen bagi sebutan kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.Turut kelihatan anak lelakinya Mohd Ashman Mohd Najib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia