Utusan Borneo (Sabah)

KePKAS mohon peruntukan Pusat

Hantar senarai cadangan pembanguna­n pelanconga­n di Sabah bernilai RM173,540,000

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) telah menghantar senarai cadangan projek pembanguna­n sektor pelanconga­n di Sabah dengan nilai dianggarka­n berjumlah RM173,540,000.

Dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat, Menterinya Datuk Christina Liew menjelaska­n pihaknya akan cuba mendapatka­n peruntukan­daripadaKe­rajaan Persekutan bagi menanggung pembanguna­n berkenaan.

Christina menyerahka­n cadangan itu kepada Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi dalam satu pertemuan di Putrajaya pada Khamis.

Hadir sama dalam pertemuani­tuTimbalan­Ketua Setiausaha (Pelanconga­n) Datuk Haslina Abdul Hamid, Ketua Pengarah Pelanconga­n Malaysia Datuk Musa Yusof dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Jamil Hamzah.

Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri menegaskan bahawa cadangan projek pembanguna­n pelanconga­n itu akan mampu mengembang­kan lagi industri pelanconga­n di Sabah.

“Projek-projek itu akan melibatkan 10 daerah di negeri ini iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan, Kudat, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Tenom dan Beaufort.

“Antara projek itu termasukla­h menaik taraf kemudahan asas di Taman Bukit Tawau, pembinaan jeti-jeti, meningkatk­an kemudahan fasiliti di Simpang Mengayau serta tapak arkeologi, naik taraf dua bangunan sedia ada di dua muzium warisan negeri ini, peruntukan untuk fasiliti di pusat pemulihara­an hidupan liar, naik taraf bangunan Lansaran serta bangunan serba guna Tenom,” katanya.

Mohamaddin dalam pada itu menjelaska­n bahawa beliau akan menjadikan cadangan projek itu sebagai keutamaan untuk diluluskan oleh pihak persekutua­n.

Bagaimanap­un katanya, peruntukan untuk projek berkenaan akan diteliti oleh Unit Perancanga­n Ekonomi di Persekutua­n.

“Kita akan berusaha untuk mendapatka­n peruntukan pembanguna­n itu,” katanya.

Mohamaddin­berkata,beliau juga akan mempertimb­angkan permohonan untuk mendapatka­n peruntukan bagi cadangan menaik taraf Poring Hot Spring di Ranau.

Dalam mesyuarat itu, Christina yang juga Ahli Parlimen Tawau turut membuat permintaan untuk mendapatka­n geran tahunan sebanyak RM1,500,000 bagi memelihara tapak warisan etnik di Sabah bagi kebaikan generasi akan datang.

Katanya, terdapat 35 kumpulan etnik utama dan 217 kumpulan rumpun etnik yang terdapat di Sabah.

“Saya juga ingin meminta geran tahunan sebanyak RM500,000 untuk menyokong program Internatio­nal Youth Folk Dance Festival yang melibatkan pelajarpel­ajar sekolah rendah dan menengah di sini bagi peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

Christina turut ingin memohon satu peruntukan geran sebanyak RM500, 000 secara ‘one off’ untuk program Riu de Tawau yang akan bermula sempena kempen Cuti-Cuti Tawau pada bulan hadapan.

Katanya, program itu akan mempersemb­ahkan keunikan etnikdaris­etiapdaera­hdiSabah menerusi perarakan serta persembaha­n kebudayaan. Pameran makanan tradisiona­l turut diadakan.

“Tawau berpotensi menjadi destinasi pelanconga­n yang baik di negeri ini tetapi tidak diterokai dan diperkenal­kan sepenuhnya kepada pelancong.

“Saya berhasrat untuk menjadikan Cuti-Cuti Tawau sebahagian daripada kalendar pelanconga­n Melawat Malaysia tahun 2020,” katanya.

Mohammadin dalam kenyataan balas menjelaska­n bahawa beliau akan mencari jalan untuk mendapatka­n bantuan kewangan memandangk­an beliau juga seorang yang berasal dari Sabah.

Beliau juga memberikan jaminan bahawa akan berbincang dengan Menteri Pengangkut­an berkaitan cadangan untuk menaik taraf lapangan terbang Sandakan dan Tawau kepada status antarabang­sa.

 ??  ?? MOHAMMADIN ( duduk tengah), Christina (empat kiri) serta tetamu kehormat lain ketika dalam pertemuan itu.
MOHAMMADIN ( duduk tengah), Christina (empat kiri) serta tetamu kehormat lain ketika dalam pertemuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia