Utusan Borneo (Sabah)

Keningau, Papar sertai senarai ke pusingan 16 pasukan terakhir

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Enam belas perlawanan penghujung minggu lalu menyaksika­n sembilan pasukan termasuk juara dan naib juara bertahan, Keningau dan Papar mengesahka­n tempat ke pusingan 16 pasukan terakhir edisi kedua Liga Bola Sepak KDM Malaysia 2018-2019.

Tujuh pasukan yang turut mara adalah Penampang dari Kumpulan B, Kudat, Putatan (Kumpulan C), Ranau (Kumpulan D), Tongod, Kepayan (Kumpulan G) dan Lahad Datu (Kumpulan H).

Sembilan pasukan itu menyertai enam pasukan yang sudah lebih awal menempah tempat iaitu Bandaraya Kota Kinabalu dan Sepanggar dari Kumpulan A, Telupid dan Karambunai (Kumpulan E), Sugut (Kumpulan F) dan Semporna (Kumpulan H).

Setiausaha Kejohanan, Jellysius Saimpon berkata, baki satu tempat lagi akan ditentukan perlawanan terakhir saingan peringkat Kumpulan B antara Kimanis dan Kota Marudu.

Kedua-dua pasukan yang kini berkongsi jumlah kutipan tiga mata itu akan bertembung penghujung minggu ini. Kimanis bagaimanap­un mempunyai kelebihan jaringan.

Sambil itu, juara edisi pertama, Keningau mengesahka­n tempat selepas menang 4-3 ke atas Sugut di Kompleks Sukan Keningau dalam saingan Kumpulan F. Keningau layak selaku juara kumpulan.

Papar pula mengesahka­n tempat dengan bergaya apabila menang 6-1 ke atas Kadamaian di Kompleks Sukan Botung Kota Belud. Papar layak selaku naib juara mengiringi pendahulu Ranau.

Keputusan perlawanan lain membabitka­n pasukan yang layak menyaksika­n Penampang menang 3-1 ke atas Kimanis, Kudat menang 4-0 ke atas Liawan, Putatan seri 0-0 dengan Pitas, Ranau menang 50 ke atas Kuala Penyu, Tongod mengalahka­n Kota Belud 3-1, Kepayan menang 1-0 ke atas Kemabong dan Lahad Datu seri 2-2 dengan Semporna.

Bagaimanap­un mencuri tumpuan saingan peringkat kumpulan adalah pasukan Telupid yang mengalahka­n Karambunai 1-0 di Padang Penjara Kepayan dalam pertembung­an antara dua pasukan teratas yang sudah layak mewakili Kumpulan E.

Keputusan itu menyaksika­n Telupid muncul satu-satunya pasukan yang menang bersih semua tiga perlawanan tanpa dibolosi.

“Pusingan 16 pasukan terakhir akan dijalankan secara kalah mati menerusi perlawanan timbal balik (tempat sendiri dan tempat lawan).

“Tarikh pertanding­an pusingan 16 pasukan terakhir ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Jellysius ketika ditemui selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras Kejohanan di sini pada Selasa.

Menurutnya, sebelum pusingan 16 pasukan terakhir, kejohanan akan diteruskan dengan pertanding­an pusingan pertama Piala FA yang turut melibatkan semua 32 pasukan.

“Cabut undi bagi menentukan jadual Piala FA akan diadakan pada 23 Februari di Bilik Mesyuarat Stadium Likas manakala pertanding­an dijadualka­n bermula pada 3 Mac,” katanya.

 ??  ?? JELLYSIUS (baju merah) sedang mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras Kejohanan di Kota Kinabalu pada Jumaat.
JELLYSIUS (baju merah) sedang mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras Kejohanan di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia