Utusan Borneo (Sabah)

Pasar sempadan Serikin, penarik kedatangan pengunjung

-

KUCHING: Kampung Serikin, terletak di sempadan MalaysiaIn­donesia kira-kira 65km dari sini, adalah destinasi pelanconga­n popular, hasil aktiviti perniagaan rentas sempadan yang berkembang pesat di sini.

Pada hujung minggu, ramai pengunjung menghala ke Serikin, yang boleh dikunjungi dalam masa 90 minit melalui jalan darat dari sini melalui Bau, bekas bandar perlombong­an emas, dan beberapa desa Bidayuh dengan landskap batu kapur di sana sini, termasuk Gua Pari-pari serta Gua Angin.

Selain merancakka­n ekonomi setempat, bazar Serikin juga menjadi tempat bagi peniaga Indonesia, sebahagian besarnya dari Kalimantan Barat yang tertarik dengan kadar pertukaran mata wang asing yang menggalakk­an, untuk datang mencari nafkah dengan menjual pelbagai produk pada harga berpatutan.

TinjauanBe­rnamamenda­pati peniaga warga Indonesia ini hanya perlu mempunyai pas sempadan, dan pada masa sama ia merupakan laluan masuk percuma kepada mana-mana pengunjung, sungguhpun anggota imigresen dan polis Malaysia ditempatka­n di situ.

Seorang peniaga warga Indonesia, Loli, 32, dari Jagoi Babang di Kalimantan Barat, lazimnya mengambil masa 15 minit dengan bermotosik­al untuk sampai ke Serikin untuk menjual baranganny­a seperti beg dan bakul rotan berharga RM35 sebiji.

“Di sini, saya rasa seperti berada di tempat sendiri. Kita berkongsi asal usul, budaya dan tradisi yang sama,” katanya ketika ditemui di pasar Serikin, yang turut menawarkan beraneka barangan eksotik daripada ubat-ubat tradisiona­l, afrodisiak, cincin dihiasi batu permata dan barang perhiasan.

Berjalan sepanjang kedai yang menghiasi pasar Serikin memang tidak mengecewak­an. Terdapat produk yang memenuhi keperluan semua citarasa dan keperluan seperti gambir Sarawak, dipercayai afrodisiak yang kuat, atau minyak bengkarong, dipercayai penawar bagi jerawat dan kerengsaan kulit.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia