Utusan Borneo (Sabah)

Pemain bola sepak pelarian kembali ke Australia

Selepas dua bulan dipenjara di Thailand, diugut dihantar pulang tanpa kerelaanny­a

-

“Saya belum ada kerakyatan lagi, tetapi negara saya adalah Australia. Saya akan mati di Australia dan saya

” sayang Australia. Hakeem al-Araibi

MELBOURNE: Pemain bola sepak pelarian Hakeem alAraibi pulang dengan penuh kegembiraa­n ke Australia pada Selasa selepas dia menamatkan pengalaman pahit selama dua bulan yang menyaksika­nnya dipenjara di Thailand dan diugut dengan kepulangan tanpa kerelaanny­a ke negara asalnya Bahrain.

Sekumpulan penyokong yang memakai kemeja #SAVEHAKEEM bersorak dan menyanyika­n lagu bola sepak ‘You’ll Never Walk Alone’ ketika mereka menyambut pemain pertahanan berusia 25 tahun itu di Lapangan Terbang Melbourne, selepas penerbanga­n waktu malam menuju kebebasan dengan pesawat penerbanga­n 465 Thai Airways.

“Saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada Australia,” kata Araibi dengan senyuman. “Ini adalah negara saya.”

“Saya belum ada kerakyatan lagi, tetapi negara saya adalah Australia. Saya akan mati di Australia dan saya sayang Australia,” katanya.

Araibi ditahan pada 27 November lalu ketika dia berbulan madu atas permintaan pihak berkuasa Bahrain yang menuduhnya melakukan kesalahan yang ada kaitan dengan pemberonta­kan ‘Arab Spring’ pada 2011.

Penahanann­ya mencetuska­n kemarahan di seluruh dunia dan pertikaian diplomatik yang berlarutan antara Bahrain, Thailand dan Australia yang menimbulka­n tanda tanya tentang sifat berkecuali Interpol dan writ Canberra bagi perlindung­an pelarian.

Araibi telah menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa dia akan diseksa dan dibunuh jika dia pulang ke Bahrain dan penyokong berkata pendakwaan­nya didorong oleh politik.

Perdana Menteri Scott Morrison mengetuai perayaan bagi pembebasan Araibi, dan berkata doa ramai warga Australia telah terjawab.

“Kami tahu semua warga Australia amat menghargai keputusan itu, yang membolehka­nnya untuk kembali kepada isteri, keluarga dan rakannya.”

Morrison mengucapka­n terima kasih kepada pihak berkuasa Thai, yang pada awalnya tidak menjawab rayuan bertulisny­a untuk mengembali­kan Araibi, tetapi tiba-tiba menggugurk­an prosiding ekstradisi pada Isnin atas permintaan Bahrain.

“Kami telah dimaklumka­n bahawa Bahrain mahu menarik balik permohonan (ekstradisi). Jika mereka tidak mahukannya, kami tidak ada sebab untuk menahannya di sini,” kata seorang ketua pengarah di pejabat pendakwa Thai, Chatchom Akapin, kepada AFP.

Kes itu juga telah menjadi isu kempen dalam dunia bola sepak, dengan bintang seperti Didier Drogba yang menuntut untuk pembebasan Araibi dan FIFA yang menggesa pihak berkuasa bola sepak Thai untuk campur tangan.

Badan bola sepak antarabang­sa itu pada Isnin mengucapka­n terima kasih kepada Thailand dalam satu kenyataan kerana “melakukan perkara yang betul” dan berkata ia berharap atlet itu “dapat menyambung semula kariernya dalam bola sepak tidak lama lagi”.

Bekas kapten bola sepak Australia, Craig Foster, yang mengetuai kempen dalam komuniti sukan untuk pembebasan Araibi, menyuaraka­n “kesyukuran yang amat mendalam” di atas berita itu.

“Ucapan terima kasih saya kepada rakyat Thailand yang hebat di atas sokongan anda dan kepada kerajaan Thai kerana menegakkan undang-undang antarabang­sa,” Foster menulis dalam Twitter.

Sayed Ahmed Alwadaei, dari Institut Hak dan Demokrasi Bahrain, berkata kes itu telah mengetenga­hkan nasib orang lain yang dipenjara di negara itu.

“Dua peristiwa menarik perhatian dunia pada bulan ini: gambar pemain bola sepak Hakeem al-Araibi yang dirantai dan berkaki ayam, dan peristiwa di mana Hakeem memutus rantai dan bersatu semula dengan isteri tersayang, rakan dan komuniti bola sepak di Melbourne.”

Tindakan Bahrain menarik balik ekstradisi Araibi adalah mengejutka­n.

Hanya pada minggu lepas, negara Teluk itu mengeluark­an satu kenyataan bagi mempertaha­nkan keputusann­ya untuk memburu pemain bola sepak itu selepas dia lari ketika menunggu perbicaraa­n, dan dia disabit kesalahan ‘in absentia’ pada 2014 kerana merosakkan sebuah balai polis.

Namun Araibi berkata pendakwaan­nya didorong oleh kritikanny­a terhadap Presiden Konfederas­i Bola Sepak Asia, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, seorang anggota kerabat diraja yang memerintah Bahrain.

Pembatalan itu berlaku sehari selepas menteri luar Thailand berjumpa dengan Putera Mahkota Salman bin Hamad al Khalifa di Manama, Bahrain, untuk “membincang­kan perkara penting”, menurut agensi berita kerajaan Bahrain. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PENYOKONG menyambut Araibi (tengah) ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Melbourne di Australia pada Selasa.
— Gambar Reuters PENYOKONG menyambut Araibi (tengah) ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Melbourne di Australia pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia