Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan tahunan MSM boleh meningkat kepada 1.3j tan metrik

-

PUTRAJAYA: Penggunaan minyak sawit mentah (MSM) Malaysia boleh meningkat kepada 1.3 juta tan metrik setahun dengan peningkata­n peratusan pengadunan biodiesel daripada B10 kepada B20 serta pengenalan mandat B10 bagi penggunaan diesel perindustr­ian, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok.

Beliau berkata langkah itu akan mengurangk­an paras stok yang tinggi dan menggalakk­an harga MSM yang lebih baik dan stabil.

“Peningkata­n RM100 setan metrik dalam harga MSM dijangka menjana tambahan hasil RM2 bilion kepada negara,” katanya pada Forum Perniagaan Biofuel, di sini, semalam.

Malaysia melaksanak­an program B10 bagi sektor pengangkut­an pada 1 Februari tahun ini. Kok dilaporkan berkata kerajaan juga merancang meningkatk­an adunan biodiesel daripada B10 kepada B20 pada 2020.

Pada sidang media kemudianny­a, apabila ditanya mengenai cadangan Suruhanjay­a Eropah untuk mengehadka­n penggunaan biofuel, Kok berkata perkara itu akan dibincangk­an dengan Indonesia dan Colombia semasa mesyuarat peringkat menteri keenam Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di Jakarta, Indonesia pada 28 Februari.

“Kami mahu memahami isi kandungann­ya terlebih dahulu, kemudian barulah kami akan melihat bagaimana untuk memberikan maklum balas,” katanya.

Pengarah Eksekutif CPOPC Mahendra Siregar, yang turut hadir pada sidang media itu berkata cadangan peraturan tersebut dianggap sebagai satu diskrimina­si kerana ia tidak menerima pencapaian pengeluara­n sawit ketika ini selain daripada risiko iklim.

“Metodologi hanya menumpukan kepada penebangan hutan, ia mendiskrim­inasikan satu komoditi dan adil bagi negara Eropah menghasilk­an minyak domestik. Ini adalah suatu yang kita tidak akan terima sebagai metodologi dan penilaian adil,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KOK berucap merasmikan CPOPC Business Forum ‘Boosting Domestic Demand and Stepping Into The Next Frontier’ di Putrajaya.
— Gambar Bernama KOK berucap merasmikan CPOPC Business Forum ‘Boosting Domestic Demand and Stepping Into The Next Frontier’ di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia