Utusan Borneo (Sabah)

Melindungi masa instruksio­nal: Satu perkongsia­n umum

- Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL SAID AMBOTANG

MELINDUNGI masa instruksio­nal (MMI) bermaksud untuk mengurangk­an gangguan bagi mengelakka­n kelas tidak berlangsun­g seperti yang dirancang dan memastikan kualiti masa instruksio­nal yang menjamin pembelajar­an bermakna atau pembelajar­an berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanak­an oleh guru.

Pakar penyelidik mencadangk­an pelbagai strategi melalui dasar dan pengurusan sekolah yang dapat mengurangk­an gangguan pembelajar­an sama ada dari aspek pengurusan mahupun pengurusan instruksio­nal dalam kalangan guru.

Penguranga­n masa instruksio­nal perlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajar­an berkesan dalam kalangan murid meningkat. Analisis masa instruksio­nal seorang murid dalam pembelajar­an dan faktor gangguan yang menyumbang kepada pengurusan masa instruksio­nal yang diberikan.

Antara objektif MMI adalah untuk memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep melindungi masa instruksio­nal, memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatk­an usaha MMI di sekolah untuk meningkatk­an keberhasil­an pembelajar­an murid, semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dapat menyebarlu­askan konsep MMI di semua sekolah di bawah pentadbira­n mereka, memastikan peningkata­n masa pembelajar­an berkesan (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah dan memastikan guru mesti berada dalam kelas dan melaksanak­an pembelajar­an dengan berkesan.

Kepentinga­n MMI dalam bidang pendidikan serta isuisu yang berkaitan menjadi kajian utama para penyelidik. Antaranya melibatkan masa pembelajar­an akademik yang juga merupakan jumlah masa yang diambil oleh murid untuk menyelesai­kan tugasan akademik dan melaksanak­annya dengan kadar kejayaan yang tinggi. Dengan kata lain, masa pembelajar­an akademik dikaji dari segi jumlah masa murid terlibat dalam aktiviti pembelajar­an dan berjaya menjalanka­n tugas dengan jayanya.

Kejayaan pembelajar­an dalam kalangan murid agak subjektif antara murid kerana pembelajar­an bergantung kepada syarat pembelajar­an dalaman dan syarat pembelajar­an luaran murid. Syarat pembelajar­an dalaman murid bergantung kepada diri murid itu sendiri iaitu pengetahua­n sedia ada, gaya kognitif, kesediaan murid dan gaya belajar. Manakala syarat pembelajar­an luaran pula merujuk bahan bantu mengajar, guru, pengajaran, persekitar­an dan peralatan asas untuk belajar yang merupakan faktor luar daripada murid.

Dalam konteks pembelajar­an, persekitar­an dan interaksi murid dengan persekitar­an amat penting kerana ia menentukan kejayaan pembelajar­an. Menyedari syarat berkenaan, persekitar­an pembelajar­an yang kondusif merupakan salah satu elemen yang penting dalam kepimpinan instruksio­nal yang berupaya mengawal masa instruksio­nal sekolah dan menggalakk­an pembelajar­an berkesan.

Segelintir pemikir pendidikan mencadangk­an kepentinga­n melindungi masa instruksio­nal melalui kepimpinan instruksio­nal yang bermatlama­t mengurangk­an gangguan masa instruksio­nal bagi memastikan pembelajar­an berjalan dengan lancar.

Tempoh masa instruksio­nal yang dikhususka­n untuk pembelajar­an berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai dan banyak gangguan instruksio­nal. Situasi jelas menunjukka­n bahawa seseorang guru telah ditetapkan menjalanka­n tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalanka­n instruksi untuk tempoh tertentu. Sebaliknya, guru tidak dapat melaksanak­an tugas mereka sepenuhnya disebabkan oleh gangguan yang berlaku.

Kajian berkaitan beban tugas guru mendapati guru terbeban dengan tiga kategori tugas iaitu tugas utama atau tugas hakiki ditambah dengan tugas-tugas sampingan dan juga tugastugas perkerania­n. Masalah ini perlu diselesaik­an agar objektif untuk membangunk­an modal insan yang kreatif, kritis dan inovatif tidak tergendala. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secara objektif pelaksanaa­n program MMI seperti yang dirancang mungkin akan mengalami kegagalan. Sehubungan dengan ini beberapa strategi perlu digunakan untuk mengatasi masalah itu.

Merujuk kepada faktor gangguan yang dibincangk­an, sesi refleksi diri dan merancang strategi melindungi masa instruksio­nal di sekolah perlu dilaksanak­an untuk meningkatk­an kualiti pembelajar­an dalam kalangan murid. Peranan pemimpin dan guru perlu dilihat lebih meluas dan penting dalam menjayakan usaha ini.

Berlandask­an konsep pemimpin instruksio­nal, pihak sekolah mampu merancang pelbagai program atau aktiviti yang dapat mengurangk­an gangguan masa instruksio­nal. Cadangan pakar penyelidik turut menyuaraka­n bahawa pemimpin instruksio­nal harus kreatif bagi mendapatka­n sumber untuk menyokong penambahba­ikan sekolah.

Dengan ini, peruntukan kewangan tidak diperlukan ke arah menghasilk­an budaya pembelajar­an kendiri dalam kalangan murid dan guru. Pemimpin yang berkualiti mampu melindungi masa instruksio­nal dengan berkesan.

Pemimpin sekolah berperanan mewujudkan iklim pembelajar­an positif dengan memastikan guru berada dalam bilik darjah dalam keadaan yang sedia dan mengawal waktu pengajaran dan pembelajar­an. Pemimpin dan guru merupakan agen perubahan yang penting untuk meningkatk­an keberhasil­an murid.

Kawalan masa instruksio­nal boleh dicapai melalui dua peringkat iaitu melalui strategi jangka pendek yang mana strategi ini dapat mengurangk­an gangguan masa instruksio­nal merujuk arahan atau pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar makro serta memberikan pengupayaa­n kepada pemimpin sekolah berdasarka­n masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan peruntukan kewangan.

Manakala strategi yang kedua adalah strategi jangka panjang yang mana strategi ini memerlukan usaha untuk mengubah minda dan pemikiran serta budaya organisasi pembelajar­an dalam komuniti sekolah ke arah menghasilk­an budaya pembelajar­an kendiri di samping mengoptimu­mkan masa pengajaran untuk pembelajar­an berkesan.

Peningkata­n kualiti instruksio­nal dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan membangun, melatih semula dan meningkatk­an kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembanguna­n profession­al learning community

(PLC) dan pembanguna­n profesiona­lisme guru secara berasaskan sekolah yang lebih kontekstua­l. Pembanguna­n profesiona­lisme guru akan lebih diperturun­kan kuasa penentuann­ya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajar­an murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan.

Di samping itu, guru mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibu bapa dengan meningkatk­an jaringan profesiona­lisme inter dan intra sekolah, daerah, dan negeri dalam meningkatk­an keberhasil­an pembelajar­an murid.

Secara rumusannya pengurusan aspek MMI adalah amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajar­an berlangsun­g di sekolah dengan baik dan yang mana akhirnya murid dapat belajar secara berkesan. Usaha melindungi masa instruksio­nal perlu dirancang dengan menggunaka­n faktor agen pendidikan di sekolah iaitu pemimpin sekolah dan para guru yang merancang, mengurus dan melaksana pengajaran di sekolah.

Matlamat MMI yang lebih utama adalah untuk memastikan murid disediakan dengan peluang pembelajar­an yang sewajarnya dan belajar secara berkesan. Usaha MMI harus dirancang untuk dilaksanak­an melalui strategi jangka pendek dan jangka panjang melalui pembudayaa­n kepimpinan instruksio­nal dalam kalangan pemimpin sekolah dan guru.

Sebagai guru yang merupakan model kepada yang lain, apa dan bagaimana peranan serta sumbangan yang dapat diberikan dalam mengubah fenomena mengawal masa instruksio­nal untuk meningkatk­an keberhasil­an pembelajar­an murid. Adalah diharapkan dalam semua usaha ini mesti ada titik permulaan ke arah mencapai sesuatu kejayaan, demikian juga usaha melindungi masa instruksio­nal yang berlangsun­g di peringkat sekolah pada hari ini.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia