Utusan Borneo (Sabah)

Karya pelukis wanita Sabah perlu diketengah­kan

Kajian dapati golongan ini masih terkongkon­g dengan seni realis

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KARYA-KARYA pelukis wanita Sabah perlu diberi pendedahan dan lebih diketengah­kan kepada umum.

Pensyarah Fakulti Pembanguna­n dan Pengajian Pelbagai Budaya (FDMS) Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) Khairulanw­ar Edinin berkata, kajian mendapati golongan pelukis wanita Sabah masih terkongkon­g dengan seni realis atau peniruan dengan memaparkan tema-tema bercirikan kedaerahan.

“Penggunaan tema ringan dengan warna sebagai representa­si alam masih dominan dalam karya pelukis-pelukis wanita Sabah.

“Kajian berkenaan dibuat memandangk­an kurangnya tahap apresiasi seni dalam kalangan masyarakat di Sabah untuk mengangkat pelukispel­ukis wanita setaraf dengan pelukis-pelukis lelaki.

“Ia turut memberi fokus terhadap tahap karya seni catan pelukis wanita Sabah dari segi warna, tema dan gaya persembaha­n,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena program Siri Wacana UCSF anjuran bersama Institut Pengajian Borneo (IBS) dengan Pusat Pengurusan Penyelidik­an dan Inovasi (CRIM) UCSF yang bertajuk Tema dan Gaya Karya Pelukis Wanita Sabah baru-baru ini.

Menurutnya, pemilihan kajian itu berdasarka­n kurangnya perhatian terhadap pelukis-pelukis wanita di Sabah.

Katanya, persoalan yang timbul, mengapa pelukispel­ukis wanita di Sabah sangat kurang diketengah­kan kepada umum.

Khairulanw­ar berkata, menerusi wacana itu, ia memberi ruang kepada ahli akademik dan pelajar UCSF untuk berkongsi idea, pandangan, analisis dan penemuan penyelidik­an.

Sementara itu, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Aminah

Awang Basar berkata, penganjura­n wacana itu adalah satu usaha yang baik khususnya dalam memperkemb­angkan ilmu berkaitan bidang-bidang tertentu.

“Saya kira kaedah ini adalah suatu yang sangat baik untuk individu tertentu khususnya penyelidik berkongsi apa pun yang mereka laksanakan supaya dapat diketahui oleh orang lain atau penyelidik lain.

“Selain itu, ia adalah maklumat baharu kerana terdapat keunikan dalam karya pelukis-pelukis wanita Sabah,” katanya.

Pensyarah UCSF Jennifer Yukin berkata, melalui wacana berkenaan, para penyelidik cenderung kepada isu gender yang melihat wanita menguasai bidang lukisan sama dengan pelukis lelaki.

Menurutnya, golongan wanita yang dahulunya dianggap lemah kerana wujudnya tanggapan wanita tidak mampu melakukan perkara yang dilakukan lelaki.

Namun kini jelasnya, wanita mampu menguasai setiap bidang termasuk pekerjaan.

Kajian berkenaan dibuat memandangk­an kurangnya tahap apresiasi seni dalam kalangan masyarakat di Sabah untuk mengangkat pelukis-pelukis wanita setaraf dengan pelukis-pelukis lelaki. KHAIRULANW­AR EDININ Pensyarah Fakulti Pembanguna­n dan Pengajian Pelbagai Budaya (FDMS) Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF)

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli akademik dan pelajar yang menyertai Siri Wacana UCSF.
SEBAHAGIAN ahli akademik dan pelajar yang menyertai Siri Wacana UCSF.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas dan kanan) ANTARA karya pelukis wanita Sabah.
(Gambar atas dan kanan) ANTARA karya pelukis wanita Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia