Utusan Borneo (Sabah)

JPJ Sarawak keluarkan 429 notis saman

-

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 429 notis saman dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak sepanjang Ops Khas Motosikal yang diadakan di seluruh negeri ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) yang bermula 29 Januari lalu hingga 12 Februari ini.

Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Erick Jusiang berkata, notis saman itu melibatkan pelbagai kesalahan yang kebanyakan­nya tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan.

“Operasi khas malam ini (kelmarin) melibatkan enam agensi penguatkua­saan iaitu JPJ seramai 30 orang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiga orang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak 17 orang, Jabatan Imigresen Sarawak 16 orang, Jabatan Alam Sekitar tujuh orang dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah tiga orang termasuk kakitangan daripada Majlis Perbandara­n Padawan (MPP).

“Malah, sepanjang operasi khas motosikal sempena Tahun Baharu Cina yang diadakan di seluruh Sarawak, JPJ telah mengeluark­an 429 notis saman atas pelbagai kesalahan, kebanyakan­nya tidak mempunyai lesen memandu dan tiada cukai jalan serta cukai jalan dan lesen tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Ops Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina di Jalan KuchingSam­arahan Expressway di sini pada malam Ahad.

Selain itu, Erick memberitah­u, AADK pula berjaya memeriksa seramai 175 pengguna jalan raya yang mana 24 orang daripada jumlah itu dikesan positif dadah.

“Manakala PDRM pula berjaya mengeluark­an 50 saman pelbagai kesalahan sepanjang tempoh operasi khas ini, JAS menguji 70 kenderaan pelbagai jenis dan Jabatan Imigresen telah memeriksa 50 warga asing,” jelasnya.

Mengulas lanjut operasi itu, beliau berkata, objektif operasi memberi tumpuan kepada pengguna jalan raya yang terdiri daripada penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

“Justeru, saya mengambil kesempatan di sini untuk memberi pesan kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak yang tidak mempunyai lesen memandu agar tidak menunggang motosikal kerana ia boleh mendatangk­an bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Saya berharap semua orang awam yang belum ada lesen memandu memohon mendapatka­n lesen di 27 institut memandu yang ada di seluruh Sarawak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia