Utusan Borneo (Sabah)

APMM rampas bot pam disyaki berkaitan kes bom ikan

- Oleh AMIR ANUAR

SEMPORNA: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Semporna merampas sebuah bot pam yang disyaki digunakan untuk aktiviti bom ikan.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Norrimi Hassan berkata bot ditahan dekat perairan Tanjung Tabu-Tabu di sini kira-kira jam 3.35 petang pada Ahad.

“Kita turut merampas peralatan bom ikan, ikan dan enjin pam yang keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai RM5,000 termasuk bot pam,” katanya di sini pada Selasa.

Norrimi berkata juragan dan awakawak bot itu dipercayai terjun ke laut selepas menyedari kehadiran mereka dikesan oleh sepasukan APMM di kawasan terbabit.

Mengulas lanjut, beliau berkata suspek-suspek yang mengendali­kan bot pam berkenaan disyaki melarikan diri di kawasan perairan paya bakau berhampira­n.

“Hasil pemeriksaa­n, kita menemui kira-kira 5kg ikan yang disyaki hasil daripada aktiviti bom ikan berdasarka­n penemuan peralatan mencurigak­an di bot itu.

“Kesemua barang yang berjaya dirampas itu ditunda masuk ke Jeti Kem Azumi Semporna dan rampasan dilakukan mengikut Akta Perikanan 1985,” katanya.

Menurutnya, APMM Semporna menggagalk­an tiga kes aktiviti bom ikan pada tahun lepas, dan kes kali ini pula adalah yang pertama seumpamany­a direkodkan tahun ini.

Beliau berkata pihak mereka akan terus komited membantera­s aktiviti bom ikan di sekitar perairan daerah ini dan orang ramai diharap tampil memberikan kerjasama.

“Orang ramai diminta menyalurka­n maklumat atau aduan berkaitan aktiviti bom ikan ke APMM Semporna menerusi talian 089-782619 atau MERS999,” katanya.

 ??  ?? KIRA-KIRA 5kg ikan dan peralatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti bom ikan turut ditemui di atas bot pam terbabit.
KIRA-KIRA 5kg ikan dan peralatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti bom ikan turut ditemui di atas bot pam terbabit.
 ??  ?? BOT pam dan muatannya ditunda ke Jeti Kem Azumi Semporna.
BOT pam dan muatannya ditunda ke Jeti Kem Azumi Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia