Utusan Borneo (Sabah)

Lokasi suspek kes tetak sudah dikenalpas­ti

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TUARAN: Pihak polis sudah mengenalpa­sti dan mengesan kedudukan suspek yang menetak seorang warga Australia pada 26 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Dzulbahari­n Ismail berkata pihaknya kini menunggu masa sesuai untuk menahan suspek warga asing yang dikenali sebagai Roy.

“Lokasi persembuny­ian suspek sudah dikenalpas­ti bagaimanap­un keadaan pada masa ini tidak sesuai untuk kita melakukan penangkapa­n.

“Kita masih dalam strategi tersendiri termasuk memastikan suspek leka sebelum melaksanak­an tindakan selanjutny­a bagi memastikan suspek tidak menghilang­kan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Hari Bertemu Pelanggan di Telipok Ria pada Selasa.

Sementara itu dalam perkembang­an jenayah di sini Dzulbahari­n berkata kadar indeks jenayah di daerah ini ditahap sama selama tiga tahun berturut-turut sejak 2016.

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran terutama Bahagian Siasatan Jenayah berjaya menyelesai­kan 70 peratus kadar jenayah yang direkodkan.

“Jenayah lain turut terkawal dan hanya beberapa jenayah termasuk pecah rumah dan curi kenderaan dilihat merekodkan peningkata­n,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menyeru masyarakat untuk bekerjasam­a dengan pihak polis dalam memastikan kadar jenayah dapat dikawal di daerah ini termasuk menggunaka­n aplikasi mudah alih Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam melaporkan sebarang kejadian secara mudah dan pantas.

Dalam pada itu seramai 35 penduduk di kawasan Telipok Ria yang hadir bertemu dengan pegawai polis sepanjang program selama sejam dijalankan.

Telipok Ria juga dipilih sebagai salah satu lokasi ‘pembersiha­n’ pembantera­san dadah bagi daerah ini.

 ??  ?? DZULBAHARI­N semasa bertemu dengan penduduk pada Program Hari Bertemu Pelanggan di Telipok Ria.
DZULBAHARI­N semasa bertemu dengan penduduk pada Program Hari Bertemu Pelanggan di Telipok Ria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia