Utusan Borneo (Sabah)

KESELAMATA­N MAKIN BAIK

Beri keyakinan kepada pelancong: Mohamad Sabu

-

KOTA KINABALU: Keadaan keselamata­n di negeri ini yang bertambah baik telah memberi keyakinan kepada pelancong dari luar negara, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Menurut beliau ramai pelancong dari luar negara khususnya dari China datang ke negeri ini dan membawa perkembang­an ekonomi yang baik kepada Sabah.

“Ini membuktika­n keyakinan pelancong terhadap aspek keselamata­n di Sabah. Keadaan keselamata­n di negeri ini bertambah baik dari hari ke hari dan kita akan pertingkat­kan lagi khususnya di kawasan perairan bersempada­n dengan Filipina dan Indonesia,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Menurut beliau kerajaan Persekutua­n sentiasa memberi keutamaan kepada soal keselamata­n di negeri ini yang penting kepada perkembang­an ekonomi.

Katanya ini termasukla­h dalam aspek penambahan aset pertahanan dan pada tahun ini akan ada penambahan bot ronda sederhana untuk menampung kawalan keselamata­n di perairan timur negeri ini.

“Kita di Kementeria­n Pertahanan sentiasa memohon pembelian aset tetapi kita kena juga lihat kemampuan kewangan kerajaan dari semasa ke semasa.

“Kita yakin bila ada pertumbuha­n ekonomi negara, keutamaan diberi kepada soal keselamata­n khasnya di Sabah ini. Kita sedang usahakan ke arah itu dan pandangan serta reaksi kementeria­n kewangan memang positif dalam hal ini,” katanya.

Mengenai pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Mohamad berkata Mohd Shafie berpuas hati dengan peranan Angkatan Tentera Malaysia dalam menjaga keselamata­n di negeri ini.

Katanya pada pertemuan itu banyak dibincang mengenai soal perkembang­an ekonomi di perairan timur Sabah dalam aspek perdaganga­n barang dari negeri ini ke Filipina.

Menurutnya perkara yang diberi keutamaan adalah perlu ada kawalan keselamata­n yang baik dalam urusan perdaganga­n itu.

Terdahulu, Mohamad yang diiringi Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin. -Bernama

 ?? Penerangan Gambar Jabatan ?? MOHAMAD (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tun Juhar, sambil diperhatik­an Zulkifi (kanan).
Penerangan Gambar Jabatan MOHAMAD (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Tun Juhar, sambil diperhatik­an Zulkifi (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia